web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sarawak Bantu Usaha Kerajaan Persekutuan Lahir Modal Insan Kemahiran Tinggi - Abang Johari

Pendidikan Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Dec 2023 8:11PM

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak akan melengkapkan usaha kerajaan persekutuan dalam menyediakan latihan teknikal dan vokasional untuk melahirkan modal insan berkualiti, berpengetahuan, berkemahiran, kreatif dan invovatif serta berdaya saing tinggi dalam arus pembangunan negara.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dalam hal ini Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Negeri telah ditugaskan untuk bekerjasama dengan agensi lain dalam menerajui latihan teknikal di negeri ini.

“Kajian Universiti Malaysia Sarawak  pada 2014 menganggarkan menjelang 2030, lebih satu juta pekerjaan baharu akan diwujudkan di mana lebih 50 peratus atau lebih 600,000 pekerjaan adalah pekerjaan mahir dan separuh mahir.

"Kini kita (Sarawak) mempunyai 104 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) awam dan swasta di negeri ini dengan jumlah kapasiti kira-kira 30,000 pelatih. Institusi ini bersama-sama menghasilkan output tahunan kira-kira 11,000 pemegang sijil dalam kemahiran berbeza," katanya dalam ucapan penutupan Majlis Worldskills Malaysia (WMS) Sarawak 2023, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Abang Johari berkata, Sarawak akan mewujudkan lebih banyak pusat latihan teknikal dan pada masa yang sama menyesuaikan kualiti program dan kursus sedia ada untuk memenuhi keperluan industri dalam pelbagai bidang.

"Pada kadar sekarang, kami hanya mampu melahirkan 500,000 pekerja mahir menjelang 2030. Kami perlu meningkatkan kapasiti latihan kami dengan ketara.

“Negeri akan memerlukan peningkatan tiga kali ganda dalam enrolmen program TVET bagi memenuhi keperluan negeri dan an negara," katanya.

Beliau berkata, Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang menganjurkan pertandingan kemahiran yang disokong padu oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dengan tujuan mengiktiraf belia berkemahiran tinggi dan meningkatkan kemahiran pelatih daripada institusi TVET awam dan swasta.

WMS Sarawak adalah cabang WMS dan Worldskills dengan misi meningkatkan profil dan pengiktirafan pekerja berkemahiran serta menampilkan kepentingan kemahiran dalam mencapai pertumbuhan ekonomi dan kejayaan diri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Syarikat Penerbangan Sarawak Dijangka Beroperasi Pada 2025 - Abang Jo

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Rumah Terbuka Premier Sarawak Jadi Tumpuan Pelbagai Kaum

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Perlekeh Premier Sarawak, Polis Rakam Kenyataan Bozz Jebat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad