web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Apr 2024 8:33PM

Abang Johari (tengah) ketika melawat keluarga mendiang Joanna - gambar Facebook Sarawakku

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kerajaan Sarawak menerusi Yayasan Sarawak akan membiayai pengajian kedua-dua anak mendiang Laskar Kanan (LK) JJM Joanna Felicia Rohna bermula dari peringkat sekolah hingga universiti, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata yayasan itu akan turut memantau perkembangan pendidikan Allesia Felice Haslie dan Hovannes Haslie yang masing-masing berusia empat dan setahun.

"Hari ini saya memaklumkan kepada keluarga mendiang khususnya suaminya (Bintara Muda Haslie Ali) yang kita akan daftarkan anak-anak mereka dalam Yayasan Sarawak...kalau sudah didaftar, kita akan biaya hingga ke peringkat tertinggi (pendidikan).

"Mudah-mudahan anak-anaknya akan belajar hingga peringkat universiti, setelah itu mungkin ada semangat wira serta berminat untuk masuk bidang ketenteraan memandangkan ibu bapa bertugas dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat keluarga mendiang Joanna di Kampung Engkaroh Tebakang, Serian, kira-kira 90 kilometer dari bandar Kuching, hari ini.

Joanna yang berasal dari Kampung Sumpas Tampek, Serian antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada Selasa lepas semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.

Dalam lawatan berkenaan, Abang Johari turut menghulurkan bantuan kerajaan negeri berjumlah RM10,000 kepada keluarga mangsa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Syarikat Penerbangan Sarawak Dijangka Beroperasi Pada 2025 - Abang Jo

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Sarawak Ingin Tiru Kejayaan Emirates Airline - Abang Johari

3

Pendidikan 9 bulan yang lalu

Sarawak Bantu Usaha Kerajaan Persekutuan Lahir Modal Insan Kemahiran Tinggi - Abang Johari

4

Semasa 10 bulan yang lalu

GPS, Abang Johari Main Peranan Penting Pastikan Kestabilan Kerajaan Perpaduan - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang