web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


GPS, Abang Johari Main Peranan Penting Pastikan Kestabilan Kerajaan Perpaduan - Anwar

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Nov 2023 8:15AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan sambutan ulang tahun pertama beliau menerajui Kerajaan Perpaduan dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana menyokong beliau bagi memastikan kestabilan politik negara.

Bercakap pada majlis makan malam gala Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) di sini malam ini, Anwar berkata, sokongan itu membolehkan beliau mengemudi Malaysia ke arah memperkasa ekonomi dan melakar kemajuan masa depan negara.

"Saya hanya ingin menyatakan yang saya tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa Premier Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari dan GPS telah memainkan peranan penting dalam hal ini," katanya.

Anwar berkata, bulan-bulan pertama pembentukan Kerajaan Perpaduan telah menyaksikan mereka terpaksa berdepan beberapa 'pergolakan kecil', namun beliau bersyukur kerana kerajaan itu menjadi lebih stabil selepas setahun.

"Kita (kini) boleh bercakap mengenai peralihan tenaga, transformasi digital dan kerancakan ekonomi kerana kita sudah stabil dari segi politik... kita memiliki majoriti lebih dua pertiga di Parlimen," katanya.

Pada majlis itu yang turut dihadiri Naib Presiden Indonesia, Dr Ma’ruf Amin, Anwar berkata, Malaysia bertuah kerana mempunyai republik berkenaan yang majoriti penduduknya beragama Islam sebagai jiran yang memilih untuk bekerjasama serta saling melengkapi dan bukannya bersaing secara agresif antara satu sama lain.

Beliau berkata, proses kerjasama sedemikian perlu disegerakan bagi memastikan negara Islam maju dan merapatkan jurang pembangunan dengan negara lain yang sudah maju lebih awal.

"Saya ingin mempercepat proses itu jika kita ingin mendapat manfaat dan tidak mahu ketinggalan," katanya.

Anwar berkata, keazaman Malaysia untuk terus menerajui pasaran halal antarabangsa dengan menyasarkan nilai eksport sebanyak RM63 bilion menjelang 2025 sudah dibayangkan ketika beliau membentangkan kajian pertengahan penggal Rancangan Malaysia ke-12 pada September lalu.

Beliau berkata, negara Islam boleh menjalin kerjasama bagi meneroka potensi besar pasaran halal yang turut diakui oleh negara minoriti Islam yang dilawatinya sama ada di Asia atau luar.

Abang Johari, dalam ucapannya pula berkata, Sarawak ingin menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global ekonomi Islam.

Beliau berkata, Sarawak bukan hanya berhasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan halal, malah penyelesaian bagi menangani cabaran global seperti perubahan iklim serta keterjaminan makanan.

"Kami juga sedang membangunkan ekosistem sendiri bagi mentransformasi ekonomi Sarawak yang menawarkan pelaburan dan peluang perniagaan yang luas kepada dunia.

"Fokus kami adalah untuk mengalih aktiviti ekonomi ke arah model yang lebih sirkular dan melalui peralihan tenaga," katanya.

Menurut beliau, Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 pada Oktober lalu telah dilancarkan sebagai hala tuju yang mendasari komitmen negeri itu untuk memanfaatkan teknologi digital bagi pembangunan mampan.

"Dunia Islam tidak mempunyai pilihan selain mengguna pakai teknologi dalam mengejar kemajuan, justeru itu, saya menggesa pemimpin dunia Islam untuk meneroka penggunaan teknologi dan menjadi pemain yang mampan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah