web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sarawak Ingin Tiru Kejayaan Emirates Airline - Abang Johari

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Dec 2023 4:31PM

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Sarawak ingin meniru kejayaan syarikat penerbangan berpangkalan di Dubai, Emirates Airline dalam misinya untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, syarikat penerbangan berkenaan yang ditubuhkan pada tahun 1980-an adalah suatu bentuk pelaburan oleh kerajaan Dubai yang membuka peluang aktiviti ekonom secara menyeluruh di rantau tersebut.

"Emirates juga menawarkan tambang yang sangat kompetitif dan jika anda fikir, bagaimana mereka akan mengaut keuntungan? ... Tetapi itu adalah sebahagian daripada pelaburan mereka.

"Kita boleh lihat hari ini Dubai telah menjadi pusat dan sebagai titik perhubungan di Timur Tengah. Sejak 30 tahun yang lalu Dubai hanyalah sebuah padang pasir tanpa apa-apa, tetapi kini ia telah berkembang," katanya dalam ucapan semasa upacara pembukaan hotel Mercure di sini, hari ini.

Pada 23 November, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil berkata, kerajaan Sarawak kini  sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASWings Sdn Bhd sebagai persediaan untuk pengambilalihan.

Perbincangan juga sedang berlangsung dengan Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) dan Khazanah Nasional Berhad untuk pemerolehan saham dalam MASWings.

Abang Johari berkata, apabila kerajaan negeri buat julung kali mengumumkan hasrat untuk mengambil alih MASWings, sesetengah pihak berasa ragu-ragu  mengenai perkara itu.

"Ada pihak ragu-ragu sama ada kita boleh menguruskannya atau tidak...Tetapi saya katakan kepada anda bahawa ini adalah suatu pelaburan dan kita tidak perlu tanya apa pulangan yang akan diperoleh kelak.

"Untuk mengukur kejayaan pengambilalihan itu, ia sepatutnya berdasarkan kepada KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) negeri kerana apabila orang datang, mereka akan membelanjakan wang dan seterusnya ekonomi akan berkembang, dan di situlah sepatutnya pengukuran kejayaan kita," tambah beliau. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Syarikat Penerbangan Sarawak Dijangka Beroperasi Pada 2025 - Abang Jo

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Rumah Terbuka Premier Sarawak Jadi Tumpuan Pelbagai Kaum

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Perlekeh Premier Sarawak, Polis Rakam Kenyataan Bozz Jebat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 5 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan