web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat Lulus RUU Polis (Pindaan) 2024

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2024 8:25AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang- undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 16 Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika menggulung perbahasan RUU itu hari ini berkata, pelantikan Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM melibatkan pindaan terhadap Fasal 2 Akta Polis 1967 (Akta 344) dengan memasukkan seksyen baharu 6A.

Beliau berkata, pindaan itu dibuat bagi memberi perkhidmatan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal adat istiadat PDRM, selain mengiktiraf kedudukan sebagai ketua
agama negara di bawah Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

"Cadangan penganugerahan pangkat Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM kepada Yang di-Pertuan Agong telah diperkenan dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke-265 yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari 2024 di Istana Negara," katanya.

Mengulas mengenai Statut Rom, beliau berkata, tidak timbul isu Yang di-Pertuan Agong dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas kes yang berkaitan memandangkan kuasa perintah dan kawalan pasukan polis seperti diperuntukkan di dalam Akta 344 adalah di bawah kuasa Ketua Polis Negara.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata, pindaan akta itu juga melibatkan Fasal 3 bagi meminda Seksyen 17 iaitu menaikkan denda maksimum daripada RM100 kepada RM5,000
bagi kesalahan berkaitan pegawai polis yang telah terhenti tugasnya tetapi tidak memulangkan kelengkapan keanggotaan seperti senjata, amunisi dan lain-lain.

Beliau berkata, pindaan tersebut hanya terpakai kepada pegawai dan anggota polis yang bersara wajib atau berhenti daripada perkhidmatan sahaja.

"Sejak 1967, peruntukan denda di bawah seksyen ini tidak pernah dipinda. Kadar denda ditingkatkan daripada RM100 kepada RM5,000 adalah bersesuaian dengan peredaran masa walaupun statistik menunjukkan belum ada kes direkodkan sebagaimana kesalahan berkenaan, peningkatan perkara ini adalah satu kaedah pencegahan daripada perkara ini berlaku," katanya.

Terdahulu, bacaan kali pertama pindaan itu dibentang di Dewan Rakyat oleh Shamsul Anuar Nasarah pada Isnin sebelum bacaan kali kedua semalam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi