web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kesedaran Agama Makin Berkembang, Tapi Kefahaman Umat Islam Masih Rendah - PM

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2024 8:06AM

Perdana Menteri (kanan) pada Majlis Ilmu Madani bersama Syeikh Profesor Dr. Ali Muhyiddin Ali al-Qaradaghi - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahap kefahaman agama umat Islam masih belum mencapai paras optimum walaupun kesedaran dan kecerdasan mereka mengenai agama semakin berkembang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tradisi ilmu seperti majlis wacana adalah satu tuntutan agar ia dapat menyuburkan kefahaman yang benar bagi mengelak perpecahan.

“Alhamdulillah malam ini Seri Perdana, Putrajaya meneruskan Majlis Ilmu Madani dengan menerima tamu istimewa Syeikh Profesor Dr. Ali Muhyiddin Ali al-Qaradaghi, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia.

“Saya turut tekuni syarahan Syeikh Ali yang antara lain menyentuh soal kebejatan nilai moral dan kemanusiaan dalam kalangan negara Barat hingga mereka sanggup membenarkan kekejaman, pembunuhan dan kezaliman di Gaza oleh rejim Zionis,” katanya.

Jelas Perdana Menteri, Syeikh Ali berpandangan pendirian Barat yang membingungkan ini berlaku akibat sikap Barat yang terlalu mengutamakan materi semata-mata.

“Sikap ini membuatkan mereka sanggup mengorbankan nilai moral dan kemanusiaan, ketimbang ketamadunan Islam yang menekankan perimbangan neraca dunia dan akhirat,” katanya.

Sementara itu, Anwar seperti dilaporkan Bernama berkata, kerajaan memasuki fasa kedua usaha memperluas instrumen kewangan Islam, termasuk perbankan dan kewangan agar sejajar dengan objektif lebih tinggi dalam Maqasid al-Syariah.

Katanya, wujud kepentingan dan keperluan model-model ekonomi untuk menangani prinsip keadilan, belas kasihan serta penyertaan.

“Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berserta dengan pihak Perbendaharaan, menggalas tanggungjawab bagi memperkenalkan instrumen yang relevan bagi pelaksanan fasa berkenaan.

“Kita sedang beralih kepada fasa kedua sekarang bagi mengembangkan dan meneliti instrumen Islam, termasuk perbankan dan kewangan untuk menangani objektif Syariah yang lebih tinggi. Kita perlu melibatkan (prinsip) keadilan, belas kasihan dan penyertaan," katanya.

Perdana Menteri memberitahu, kerajaan juga komited untuk memperluas konsep ekonomi melibatkan Maqasid al-Syariah.

“Konsep ini menumpukan keadilan, kesaksamaan dan penyertaan selain menangani cabaran seperti transformasi digital, peralihan tenaga dan keterjaminan makanan,” katanya.

Pada sesi itu, Anwar turut  meluncurkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat, tulisan Allahyarham Dr Yusuf Al-Qaradawi yang diterbitkan oleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). - Getaran, 30 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula