web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Najib Fail Permohonan Di Mahkamah Rayuan Cabar Kewujudan Titah Adendum

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2024 9:05PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan titah addendum didakwa dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Peguam Najib iaitu Muhammad Farhan Muhammad Shafee ketika dihubungi memaklumkan Bernama bahawa notis rayuan difailkan pada 9 Julai lepas.

Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.

Pada 3 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ke atas lapan responden termasuk kerajaan bagi mencabar kewujudan titah adendum.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas berpendapat empat afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonan Najib termasuk oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presidennya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah bersifat dengar cakap atau khabar angin

Menerusi permohonan bagi kebenaran yang difailkan pada April lepas, Najib, 70, memohon perintah mandamus bagi memaksa sama ada semua atau satu daripada responden menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan itu yang bertarikh 29 Januari tahun ini.

Najib juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, kesemua atau satu daripada responden harus menguatkuasakan ia serta-merta dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Pesuruhjaya Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Najib menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 2 September 2022, beliau memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja dan Lembaga Pengampunan telah mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakan Kehakiman: Mahkamah Tolak Permohonan Najib

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Fail Permohonan Cabar Kewujudan Titah Adendum, Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kempen PRU-15: Kenapa Anwar Boleh Tapi Najib Tak Boleh? - Nooryana

4

Politik 2 tahun yang lalu

Najib Tak Pernah Minta Gugur Kes, Nafi Sokong Anwar 

Sorotan

1

Kuching City Ikat Penang, Negeri Sembilan Kecundang Di Tangan PDRM FC

2

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Paris 2024: Cabaran Kem Memanah Berakhir

5

Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

6

Paris 2024: Pearly-Thinaah Berdepan So Yeong-Hee Yong Di Suku Akhir

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sukan 18 jam yang lalu

Kuching City Kutip Mata Berharga Tewaskan Kelantan 1-0

Semasa 1 hari yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi SAR Insiden Tanah Jerlus Tumpu Kaedah 'Jetting'