web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Warga Asing Puji Pelaksanaan PICK

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Jun 2021 10:45PM

Rose (kiri) bersama suaminya Malcolm berkata proses menerima vaksin berjalan dalam keadaan teratur dan pantas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Faedah pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bukan hanya dirasai penduduk tempatan, tetapi turut dinikmati rakyat asing yang bermastautin di Malaysia.

Sepasang suami isteri warga emas dari United Kingdom (UK) misalnya, memuji kelancaran PICK yang disifatkan sebagai sangat efisien dan setanding dengan negara maju lain.

Rose Godfrey, 68, dan suaminya, Leftenan Kolonel Malcolm Godfrey, 71, berkata, proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SPICE Arena di sini, berjalan dalam keadaan teratur dan pantas, selain petugas kesihatan juga amat mesra.

Rose dan Malcolm yang menetap di negara ini menerusi program Malaysia My Second Home (MM2H) sejak tiga tahun lalu berkata, mereka dibantu oleh rakan mereka, seorang warga tempatan, untuk memperolehi slot janji temu bagi vaksin AstraZeneca (AZ).

“Kami tahu mengenai tawaran terbuka bagi vaksin AZ daripada rakan kami. Jadi kami berfikir, mengapa tidak kerana kita semua perlu dapatkan vaksin demi keselamatan komuniti,” katanya ketika ditemui Getaran.

Rose yang berkahwin dengan suaminya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada tahun 1999 berkata, beliau berasa gembira dan tidak pernah menyesal kerana terpaksa tinggal di Malaysia dalam jangka waktu panjang akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

Arifin (berdiri) menasihatkan warga emas supaya tidak takut dan mendengar saranan mengenai vaksin daripada mereka yang pakar.
Arifin (berdiri) menasihatkan warga emas supaya tidak takut dan mendengar saranan mengenai vaksin daripada mereka yang pakar.

“Pulau Pinang sangat dekat di hati kami. Saya dan suami bertemu di sini. Ketika itu saya bekerja dengan sebuah syarikat swasta di sini, manakala suami saya adalah anggota tentera udara yang ditugaskan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Butterworth.

“Jadi, apabila terpaksa tinggal di sini lama kerana PKP, kami tidak berasa asing kerana Pulau Pinang juga adalah rumah kami,” kata ibu kepada lima anak ini.

Sementara itu, pesara guru, Arifin Hashim, 83, menasihatkan warga emas supaya tidak takut dan mendengar saranan mengenai vaksin daripada mereka yang pakar.

Beliau yang sudah menerima vaksin pada 7 Jun lalu berkata program imunisasi ini adalah satu-satunya ikhtiar untuk negara bebas daripada pandemik COVID-19.

“Ada juga kawan-kawan yang minta pendapat saya mengenai vaksin, tapi saya kata pada mereka, apa nak takut ambil saja.

“Pada saya, vaksin ini adalah usaha kita. Saya sendiri tidak menerima apa-apa kesan sampingan selepas menerima dos pertama Isnin lalu,” katanya yang hadir menemani isterinya Zainab Mohamad, 85.

Arifin berkata, beliau sendiri yang meminta bantuan jirannya untuk mendaftar sebagai penerima vaksin melalui MySejahtera kerana sedar kepentingan suntikan ini kepada warga emas.

“Anak tunggal kami berada di Kuala Lumpur, jadi kami minta bantuan jiran untuk berdaftar dengan MySejahtera.

“Saya berharap masyarakat terutama warga emas dan golongan berisiko tidak terpengaruh dengan dakyah memburuk-burukkan vaksin kerana itu hanya akan merugikan kita semua,” katanya. - Getaran, 10 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

4

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis