web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Kluster Baharu Rentas Negeri Sejak 1 Feb - Dr Adham Baba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 5:00PM

Dr Adham Baba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tiada kluster baharu rentas negeri direkodkan sejak 1 Februari sehingga semalam hasil keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) yang bermula 16 Januari lalu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurutnya, sejak 16 Disember hingga 30 Januari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 31 kluster rentas negeri direkodkan melibatkan sejumlah 4,376 kes positif COVID-19.

Sepanjang tempoh itu, kes jangkitan rentas negeri telah berlaku di lapan negeri iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata kes jangkitan itu adalah berpunca dari enam negeri asal iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Sabah.

"Ini adalah perkembangan yang sangat baik sebagai menggambarkan keberkesanan penguatkuasaan yang lebih ketat telah di laksanakan," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

“Perkembangan ini juga menunjukkan peningkatan kesedaran dalam kalangan pelbagai pihak dan keberkesanan pematuhan untuk tidak merentas sempadan di samping mengamalkan normal baharu yang diulangi dalam nasihat KKM setiap masa," katanya.

Dr Adham berkata daerah Bera dan Lipis di Pahang telah bertukar kepada zon hijau sejak dua hari lepas.

“Oleh itu nasihat saya kepada penduduk Lipis dan Bera adalah diharapkan mereka boleh melaksanakan Program Pengurangan Risiko Daerah (DRRP) supaya dapat mengekalkan kawasan zon hijau tersebut dan mengelak jangkitan COVID-19 baharu,"katanya. 

"Kita jangkakan dengan tidak ada kes-kes kluster rentas negeri ini dan tidak ada rekod kes-kes baharu, didapati ada lebih kurang tujuh atau lapan daerah lagi akan menjadi hijau dalam masa terdekat," katanya.

Dengan berbaki 10 hari lagi sebelum PKP 2.0 berakhir, Dr Adham berkata KKM memohon agar larangan rentas negeri dikekalkan seperti sekarang kerana keupayaan dan usaha untuk melandaikan keluk COVID-19 sangat penting untuk diteruskan.

"Kita telah nampak petanda kes telah menurun walaupun ujian di lapangan masih banyak. Ia juga ditunjukkan dengan kadar kebolehjangkitan (RO) telah berada di bawah paras 1 untuk negara kita, dengan RO semalam mencatatkan 0.91. 

"Bagaimanapun, kita lihat RO di beberapa negeri masih lagi mencatatkan RO 1.10 ke 1.13 tetapi kita dapat laksanakan prinsip cepat kesan, cepat uji dan cepat asing dan rawat dan kita juga melihat kadar kesembuhan telah meningkat kepada 79 peratus ketika ini," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka