web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hormat Media, Jangan Sekat Kebebasan Laporan Berita - Hussamuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2021 2:49PM

Hussamuddin Yaacub - Gambar Sinar Harian

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Dua hari lalu, Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub ‘mengocak’ sedikit kedamaian apabila tampil menyelar perilaku segelintir individu yang didakwa terlalu riak dan angkuh.

Tindakan pihak terbabit yang mengancam mahu memboikot media termasuk membatalkan kontrak yang sudah ditandatangani katanya, secara langsung mencerminkan kebodohan masing-masing.

Hanya dengan satu ciapan, suasana di media sosial itu berubah menjadi hangat, penuh teka-teki bersulam spekulasi.

Warga Twitter bingkas memberi reaksi, masing-masing tidak mahu kalah dalam membuat andaian atau mengeluarkan jurus teori yang dirasakan bersangkut situasi dimaksudkan.

Pelbagai balasan dapat dilihat menerusi bebenang itu, yang dengan jelas dan nyata dibuat bagi menyelar perilaku pihak terbabit kerana masih ‘berotak bingai’ walaupun sudah berada di era 2021.

Bagai kelkatu menghurung lampu, ciapan itu diulang kicau sebanyak 3,758 kali, dengan sebahagian besar memuji keberanian Hussamuddin bersuara, malah tidak kurang yang mendesak beliau menamakan individu dimaksudkan.

Menerusi bebenang berkenaan, beliau turut membandingkan pentabiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang lebih rasional pada ketika itu, walaupun tidak menyenangi corak laporan dibawa oleh akhbar bebas seperti Watan, Eksklusif serta Sinar Harian.

Hussamuddin dalam kenyataan kepada Twentytwo13 menyifatkan, ciapan berkenaan adalah mesej jelas bagi menyuarakan masalah yang dihadapi hampir semua media, tetapi terpaksa ‘dipendam’ kerana ancaman pihak terbabit.

“Kami tahu (siapa) pegawai ini,” katanya merujuk kepada pihak berperangai Little Napoleon itu, yang gemar menunjukkan kuasa dimiliki secara sesuka hati kepada pertubuhan media.

Menyifatkan individu berkenaan sebagai pucuk muda, Hussammuddin berkata mesej itu sememangnya ditujukan sebagai satu ingatan kepada pihak terbabit.

“Pucuk muda ini merasakan beliau sudah terlalu hebat. Siapa makan cili, dia terasa pedas,” katanya yang hampir mendedahkan nama individu dimaksudkan.

Beliau menarik perhatian, hubungan antara sebahagian besar kementerian dengan pihak media juga begitu ‘buruk’ ketika ini, jika mahu dibandingkan dengan kerajaan terdahulu.

“Pentadbiran Najib (Datuk Seri Najib Razak) adalah yang terbaik. Beliau memiliki pasukan media yang hebat dengan kemahiran perhubungan awam, walaupun mereka mungkin tidak sukakan kami.

“Walaupun Sinar Harian memberi ruang kepada pihak pembangkang, beliau (Najib) masih berhubung dengan kami. Kami memberi ruang kepada (pemimpin) PH ketika mereka masih bergelar pembangkang dan apabila kem itu mengambil alih pentdbiran, (pemimpin) PH tidak gembira, namun masih meneruskan kerjasama,” katanya.

Senario yang sama bagaimanapun jelas Hussamuddin, tidak berlaku mutakhir ini, apabila kumpulan pegawai yang angkuh mendominasi suasana, termasuk di peringkat Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menyifatkan dirinya sebagai individu yang amat mementingkan kebebasan, Hussammuddin berkata sudah tiba masanya untuk jentera pentadbiran baharu bersikap lebih professional.

“Hormat dan bekerjasama dengan kami. Tapi jangan sama sekali menghalang kami (menerbitkan berita),” tegasnya. – Getaran, 12 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

302 Pegawai, Anggota Polis Dipecat Sejak 2022 Hingga Februari 2024

3

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Media Perlu Sebar Luas Berita Yang Benar, Bantu Peranan Agensi Agama - Mohd Na'im

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi