web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


#CodeBlackMY Trending, Hartal Doktor Kontrak Bermula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 5:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polemik menyelubungi kumpulan doktor kontrak masih berterusan, walaupun kerajaan sudah memberi jaminan akan memanjangkan isu berkenaan kepada kabinet.

Selepas mengancam mahu melancarkan Hartal Doktor Kontrak pada 12 Julai nanti, kumpulan berkenaan mengambil langkah pertama apabila memulakan kempen Black Monday di media sosial khususnya Twitter hari ini, bagi menarik penyertaan dan sokongan orang ramai terhadap kemelut dihadapi mereka.

Menggunakan tanda pagar #CodeBlackMY, ia berhasil meraih sokongan pengguna, meliputi kalangan doktor yang sudah diserap ke perjawatan tetap dan penuntut jurusan perubatan.

Sehingga jam 4.28 petang, #CodeBlackMY sudah diulang pakai 3,311, membabitkan ciapan sejumlah besar doktor, termasuk mereka yang berpengaruh di media sosial.

Memuat naik ciapan bersama poster berwarna hitam putih dan menukar gambar profil kepada warna sama, kempen itu disasarkan selama bermula hari ini sehingga 12 Julai iaitu hari kemuncak kempen.

Menurut keterangan poster, semua penyokong pada tarikh tersebut diminta hadir ke lokasi bertugas masing-masing dengan mengenakan pakaian serba hitam, selain membawa sepanduk bertulis ‘Kami Berdiri Bersama Pekerja Kesihatan Kontrak’.

Lebih menarik, kempen terbabit turut disertai Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang menuntut kerajaan menyediakan kriteria telus dan terperinci, berhubung penyerapan semua doktor kontrak ke perjawatan tetap.

Ia mencakupi layanan secara adil dan tidak berat sebelah, meliputi semua peringkat jawatan.

Sementara itu, jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr Mustapha Kamal A Aziz dalam satu sidang media secara maya berkata, kerajaan diberi tempoh tiga minggu untuk menyelesaikan polemik berkenaan, sebelum tindakan lebih keras diambil pihak mereka.

Menurut beliau, ia termasuk tidak hadir bekerja pada 26 Julai nanti, seperti yang diumumkan baru-baru ini.

“Kami sudah menunggu selama lima tahun dan saya rasa cukuplah kerana sehingga kini, kerajaan masih juga belum memberikan sebarang kata putus berhubung nasib semua doktor kontrak.

“Ini berkait dengan masa depan dan kami berhak bimbang apabila melihat seolah-olah tidak ada langsung pembelaan sedangkan beban tugas yang perlu dipikul sama seperti petugas tetap,” katanya.

Walaupun berhasil meraih sokongan ramai, Hartal Doktor Kontral tidak ketinggalan menerima bantahan segelintir pihak, antaranya Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut pusat perubatan itu, doktor pelatih tidak seharusnya menyertai kempen sedemikian, selaras dengan tanggungjawab mereka sebagai petugas barisan hadapan.

Ketika seisi pihak masih menanti jalan penyelesaian yang akan mengakhiri kempen ini, mesej ugutan Dr Adham Baba pula dikatakan sudah tersebar luas, yang antara lain mendesak pegawai perubatan kontrak melepaskan jawatan masing-masing sekiranya masih berdegil untuk meneruskan kempen berkenaan.

Ia sekali gus membangkitkan persoalan, apakah kerajaan benar-benar ‘ikhlas’ mahu membantu menangani polemik ini secara pro aktif, atau ia sekadar sandiwara semasa untuk ‘menjinakkan’ barisan petugas berkenaan?

Mungkin jawapannya akan diketahui lewat 12 Julai nanti, ketika gegaran Black Monday menguasai suasana. - Getaran, 1 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Penerbangan Ke Batam Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Malaysia - Indonesia

4

Muzik 8 bulan yang lalu

The Rose, Kumpulan K-indie Singgah Di Malaysia Sempena Konsert Dawn To Dusk  

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang