web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hidup Susah Akibat PKP, Atlet Paralimpik Rayu Bantuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 9:18PM

Nor Haslina Suria Mohamad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Sekumpulan atlet paralimpik negeri ini terpaksa merayu budi bicara mana-mana pihak agar sudi menghulurkan bantuan, selepas dilanda kesempitan hidup akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pemanah, Nor Haslina Suria Mohamad, 38 mendakwa, kumpulan mereka bukan sahaja tidak menerima elaun atlet paralimpik, malah turut tersisih daripada menerima sebarang bantuan.

Jelasnya, amat mengecewakan apabila tiada pihak tampil membantu atau memperjuangkan nasib mereka yang nyata begitu tertekan ketika ini.

"Memang sejak PKP pertama kami atlet paralimpik tidak pernah menerima bantuan dari mana-mana pihak, termasuk elaun walaupun menyertai pertandingan atau perlu menjalani latihan,” katanya kepada media di sini.

Dakwa Nor Haslina, beliau juga terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membeli kelengkapan memanah, walaupun perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan bersama suami terjejas teruk dek pelaksanaan PKP.

“Hampir separuh daripada perniagaan yang kami jalankan rugi sejak PKP dan ia adalah satu-satunya sumber pendapatan kami sekeluarga.

“Walaupun ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun keperluan ketika ini begitu mendesak, apatah lagi kami memiliki dua anak yang masih kecil,” katanya.

Seorang lagi atlet paralimpik, Muhamad Fadhrullah Masdan, 28 berkata, kumpulan mereka sememangnya amat memerlukan bantuan pada waktu ini.

Menurut pemain boling padang itu, sama seperti masalah dihadapi Nor Haslina, perniagaan makanan yang diusahakan turut mengalami kerugian akibat PKP.

"Memang kami semua ada dapat bantuan dari JKM, tapi cuma itu sahaja. Macam saya berniaga tapi sekarang pun terjejas pendapatan. Dulu sebulan sebelum PKP bolehlah dapat RM1,500 sebulan, sekarang nak dapat RM500 pun susah.

"Kerana itu kami amat mengharapkan bantuan pihak lain, cuma tak tahu nak minta macam mana. Saya kalau pergi latihan sebelum ini, memang pergi sendiri jadi ada kos minyak untuk ulang-alik ke pusat latihan, malah peralatan bola itu juga dibeli menggunakan duit sendiri," katanya yang pernah mewakili Terengganu bagi acara boling di Para Sukma Perak pada 2018.

Dalam perkembangan berkaitan, Pegawai Pembangunan Orang Kelainan Upaya (OKU) Kementerian Belia Dan Sukan, Fikri Mahmood mengakui atlet paralimpik negeri itu memang tidak diberikan sebarang elaun kerana status penyertaan adalah secara sukarela.

"Dari segi kebajikan atlet paralimpik ini bukan macam Sukma.  Atlet Sukma ini memang mereka dapat elaun tapi paralimpik tidak ada kerana mereka menawarkan diri secara sukarela.

“Sebab itu saya terharu dengan atlet ini kerana mereka sanggup tinggalkan kerja untuk menjalani latihan," katanya.

Atas dasar ini, Fikri menyeru mana-mana pihak berwajib tampil memberi sumbangan atau elaun kepada atlet paralimpik.

Beliau berkata pihaknya cuma berperanan menyediakan pembangunan program buat OKU namun hal ehwal kebajikan berada di luar bidang kuasa kementeriannya.

"Saya harap mana-mana pihak berwajib boleh bantulah sekurang-kurangnya sediakan duit saku kepada mereka untuk duit minyak datang berlatih. Memang atlet paralimpik ini tak ada elaun seperti atlet Sukma.

“Bagi kita di Jabatan Belia, kami cuma sediakan program manakala dari segi kebajikan, ada persatuan sukan dan rekreasi OKU tapi itu pun bergantung kepada peruntukan yang ada," katanya. – Getaran, 3 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan Paralimpik Paris: Bonnie Waspada Ancaman Telesca

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan