web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beza Bangsa Tak Halang Fakhri Sertai Tarian Singa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2021 12:35PM

Mohd Fakhri mula mempelajari tarian singa sejak usia enam tahun. - Foto SOFIA NASIR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni sejak 64 tahun lalu.

Keharmonian itu dipupuk seiring dengan kebebasan mengamalkan kepercayaan agama, fahaman dan kebudayaan masing-masing, tanpa sebarang rasa prejudis.

Keunikan itu juga menyebabkan hubungan antara pelbagai kaum di negara ini terus bercambah tahun demi tahun, sehingga ada di antara mereka yang tidak kisah untuk mempelajari seni kebudayaan yang berbeza daripada latar belakang masing-masing.

Itulah yang berlaku kepada Mohd Fakhri Ruzaini, 12, apabila beliau menunjukkan minat yang tinggi terhadap seni warisan budaya masyarakat Cina iaitu tarian singa, seawal usia dua tahun.

Mohd Fakhri yang juga pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jelutong berkata, beliau mula mempelajari tarian singa sejak berumur enam tahun dan menjadi satu-satunya pelajar Melayu di Pusat Kebudayaan Tarian Singa dan Naga Xuan Gang Pulau Pinang, di sini.

“Saya sangat seronok belajar tarian singa. Kawan-kawan semua membantu dan tiada istilah pentingkan diri sendiri kerana kami semua bekerja secara berpasukan,” katanya ketika ditemui Getaran.

Bagaimanapun, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula Januari lalu, Mohd Fakhri hanya meneruskan latihan di rumah bagi mengelakkannya daripada terlupa rutin pergerakan yang diajar jurulatih.

“Di rumah saya ada set tarian singa yang dibeli sendiri oleh ibu bapa. Jadi, setiap hari saya akan berlatih di ruang tamu dengan berhati-hati.

“Tapi saya rindu suasana berlatih di pusat latihan bersama kawan-kawan,” katanya kepada Getaran.

Mohd Fakhri mengakui turut berasa sedih apabila buat pertama kalinya dalam tempoh enam tahun, beliau tidak dapat beraksi bersama rakan-rakan lain dalam persembahan tarian singa seperti kebiasaan sebelum ini.

Beliau berkata, sambutan Tahun Baru Cina sebelum ini adalah hari yang paling sibuk buat dirinya apabila terpaksa keluar rumah seawal jam 6 pagi dan hanya dapat pulang selewat-lewatnya jam 10 malam.

“Saya berharap, pada tahun hadapan pandemik Covid-19 ini akan berakhir dan kita semua dapat kembali menjalani kehidupan normal,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi anggota bomba.

Sementara itu, ibunya, Noraini Wazir, 41, berkata beliau mula menyedari kecenderungan Mohd Fakhri yang meminati tarian singa apabila anak bongsu daripada empat beradik itu sering mengajak mereka sekeluarga menonton persembahan terbabit setiap kali sambutan Tahun Baru Cina.

Tidak cukup dengan itu, Mohd Fakhri juga katanya, akan meluangkan masa menonton video rakaman tarian singa berulang kali pada waktu terluang.

“Kalau nampak lori yang bawa kumpulan tarian singa di atas jalan raya, Mohd Fakhri akan berasa sangat teruja dan mendesak kami untuk mengejar lori tersebut.

“Mohd Fakhri adalah anak yang paling unik dalam keluarga kami, namun kami bersikap terbuka dan sentiasa memberi sokongan terhadap apa jua yang beliau minati,” katanya yang juga seorang suri rumah.

Mohd Fakhri menunjukkan aksi tarian singa
Mohd Fakhri menunjukkan aksi tarian singa

Dorongan daripada kedua ibu bapa Mohd Fakhri itu akhirnya membuahkan hasil apabila beliau memenangi beberapa pertandingan termasuklah Pertandingan Persembahan Tarian Singa peringkat negeri pada 2019.

Terbaharu, anak comel kesayangan keluarga itu menggondol pingat emas menerusi pertandingan Dragon and Lion Dance Musical Exchange 2020 - Drum yang diadakan secara dalam talian.

Sementara itu, jurulatihnya, Lim Kai Poh, 32 ketika ditemui berkata, Mohd Fakhri sering menjadi perhatian awam setiap kali mereka membuat persembahan di mana-mana lokasi.

Malah, murid Tahun Enam ini juga menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi walaupun menjadi antara pelajar termuda di pusat latihan dan kebudayaan terbabit.

“Saya sangat kagum dengan Mohd Fakhri kerana beliau langsung tidak kekok dan sangat rajin berusaha. Saya harap beliau berjaya menjadi pengamal tarian tradisi Cina secara profesional suatu hari nanti,” katanya. – Getaran, 13 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah