web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


8 Kilang Top Glove Di Klang Diarah Tutup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 5:44PM

Seorang pekerja memeriksa sarung tangan getah di kilang Top Glove di Shah Alam pada 26 Ogos 2020. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Operasi semua 28 kilang milik syarikat pembuat sarung tangan, Top Glove di sekitar Meru, Klang telah ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang berkuat kuasa di Daerah Klang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang Mohd Zainal Mohd Nor berkata ekoran aduan orang ramai di media sosial mendakwa kilang itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPD, pihaknya bersama polis Klang Utara, Majlis Perbandaran Klang dan Pejabat Kesihatan Daerah Klang telah melaksanakan operasi pemeriksaan dan pematuhan SOP di sekitar kilang Top Glove Jalan Teratai dan Jalan Dahlia, Meru pada Isnin lepas.

Beliau berkata semasa pemeriksaan dilakukan, didapati terdapat sedikit kekeliruan berhubung kebenaran pengoperasian yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kepada pihak Top Glove.

“Kebenaran operasi oleh pihak MITI ini, tidak boleh diguna pakai bagi kawasan-kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan PKPD,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya sebanyak lapan daripada 28 keseluruhan kilang milik syarikat Top Glove di kawasan Meru telah ditutup manakala selebihnya ditutup secara sukarela oleh pihak Top Glove setelah perbincangan dibuat.

Mohd Zainal berkata penutupan tujuh daripada lapan kilang itu dilakukan selaras dengan peruntukan Seksyen 18 (1)(f) Akta Kawalan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana beroperasi dalam kategori perkhidmatan tidak perlu dalam tempoh PKPD.

Sebuah lagi kilang ditutup atas kesalahan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Perindustrian (MPK) 2007, katanya.

Beliau berkata tiga kompaun berjumlah RM30,000 mengikut Akta 342 turut dikeluarkan ketika operasi itu atas kesalahan majikan gagal memastikan pekerja mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara yang sedang berkuat kuasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Kelar Isteri: Suami Didakwa Tuduhan Bunuh

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Op Gempur Raya: 39 Kompaun Dikeluarkan Terhadap Kilang Seluruh Negara

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad