web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JAWI Bakal Lancar Dapur It'am 3.0

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Feb 2021 11:00AM

Pekerja sukarela menyediakan makanan untuk program Dapur It'am di Surau Silaturrahim PPR Sri Alam Kuala Lumpur pada 9 Januari, 2021. - Gambar Facebook Dapur It'am 3.0

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Pandemik COVID-19 yang melanda negara seawal Januari tahun lalu memberi kesan yang bukan sedikit kepada rakyat negara ini, khususnya dari golongan berpendapatan rendah. 

Ada kalangan mereka nasibnya bagai jatuh ditimpa tangga, apabila dibuang atau diberhentikan kerja, selepas syarikat tempat mencari rezeki terpaksa menamatkan operasi, susulan krisis ekonomi akibat pandemik berkenaan. 

Dalam kepayahan itu, nasib mereka tidak dipinggirkan apabila ratusan pek makanan bermasak sudah diagihkan secara percuma di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. 

Inisiatif dikenali sebagai Program Dapur It’am itu adalah cetusan idea Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang dilaksanakan sejak 18 Mac tahun lalu. 

Dalam ciapan di Twitter, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkata, projek amal itu pada awalnya diwujudkan khusus bagi membantu golongan memerlukan. 

“Ia berkonsepkan soup kitchen yang diadakan di masjid dan surau sekitar Wilayah Persekutuan, membabitkan aktiviti agihan pek makanan bermasak secara percuma setiap hari sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu,” kata jabatan itu. 

JAWI menerusi bebenang di Twitter itu berkata, sebanyak RM2.16 juta telah diperuntukkan kepada 72 buah masjid dan surau di Kuala Lumpur dan Labuan namun jumlah keseluruhannya meningkat hingga RM3.36 juta, hasil sumbangan pelbagai pihak yang prihatin. 

“Tujuan program ini diadakan pada asalnya adalah untuk membantu golongan yang seperti asnaf, fakir miskin dan gelandangan. 

“Ia bagaimanapun diperluaskan kepada kumpulan petugas barisan hadapan serta anggota kariah dan sehingga kini, berjaya memberi manfaat kepada 468,876 penerima,” kata JAWI. 

Jabatan berkenaan menerusi ciapan terkini berkata, siri terbaharu Dapur It’am akan dilancarkan dalam masa terdekat. 

“Insyallah dalam masa terdekat kami akan lancarkan pula Dapur It’am 3.0. Moga lebih ramai lagi dapat menerima manfaatnya,” kata jabatan berkenaan. 

Zulkifli ketika melancarkan program berkenaan tahun lalu berkata, kewujudan Dapur It’am adalah untuk memastikan golongan asnaf, gelandangan dan B40 di Wilayah Persekutuan masih memiliki juadah untuk dinikmati ketika berbuka puasa. 

Inisiatif itu katanya, diyakini dapat membudayakan masjid dan surau sebagai pusat bantuan berkonsep soup kitchen. - Getaran, 14 Februari 2021 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang