web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Conteng Tembok Istana, Tumbuk Polis, Pesakit Mental Temui Ajal Motosikal Terbabas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 8:41AM

Suspek meninggal dunia selepas motosikal yang dinaikinya untuk melarikan diri terbabas di Bedong, Sungai Petani.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menconteng tembok Istana Anak Bukit dan menumbuk seorang anggota polis wanita, sebelum akhirnya meninggal dunia apabila motosikal ditunggangi terbabas.

Itu pengakhiran sedih menimpa seorang pesakit mental petang semalam, hanya beberapa jam selepas 'bertindak' aneh hingga mengejutkan orang ramai.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, anggota polis berkenaan ditumbuk di depan pagar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dekat sini, semalam.

Suspek didapati menconteng tembok dinding istana.
Suspek didapati menconteng tembok dinding istana.

Menurut beliau, lelaki berusia 30-an itu menghembuskan nafas terakhir setelah motosikal ditungganginya bagi melarikan diri, terbabas di Bedong, Sungai Petani.

"Kira-kira jam 3 petang, suspek didapati menconteng tembok dinding istana berkenaan dengan tulisan 'SAMR'.

"Pada jam 5 petang pula, dia pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan menumbuk seorang anggota polis yang sedang bertugas, membaling satu objek disyaki pistol mainan serta melarikan diri menggunakan sebuah motosikal hitam," katanya di sini malam tadi.

Kamarul Zaman berkata, anggota polis itu mengalami kecederaan di bahagian muka dan usaha mengesan suspek kemudiannya diteruskan, sebelum dia berjaya dijumpai  di Gurun.

"Suspek sedar dengan kehadiran polis dan bertindak melarikan diri menggunakan motosikal.

"Polis mengekori suspek dan memberi amaran supaya berhenti namun arahan terbabit tidak diendahkan, sebelum motosikal ditunggangi itu terbabas, mengakibatkannya mengalami kecederaan," katanya.

Suspek dipercayai mengalami masalah mental.
Suspek dipercayai mengalami masalah mental.

Beliau memberitahu, suspek disahkan sudah meninggal dunia ketika diperiksa pegawai perubatan yang dipanggil ke lokasi.

"Siasatan lanjut kini diteruskan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat, Seksyen 332 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan penjawat awam dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan," katanya.

Sementara itu, seorang individu yang mengaku sebagai sepupu suspek, membuat satu hantaran memohon maaf dalam ruangan komen di laman Facebook rasmi Polis Kedah dan mendakwa lelaki terbabit mengalami masalah mental sejak beberapa tahun lalu.

Individu berkenaan turut mendoakan agar anggota polis yang dicederakan itu segera sembuh.

Susulan kejadian, sekeping kad pesakit luar untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini turut tular di media sosial, didakwa sebagai milik suspek.

Ia sekali gus mengesahlan kenyataan bahawa lelaki itu sememangnya seorang pesakit mental yang memerlukan rawatan perubatan. - Getaran, 16 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki