web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Lelaki Jatuh Sungai Ditemui Tinggal Rangka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 9:23PM

Anggota bomba membawa naik rangka dipercayai milik Mohd Shahril Hamid Yaacob yang terjatuh ke Sungai Pai, bulan lalu dan baru ditemukan hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERANG - Selepas 25 hari, mayat seorang lelaki dipercayai yang terjatuh ke Sungai Pai dekat sini pada 27 Jun lalu, akhirnya ditemukan dalam keadaan menyayat hati.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Mulkiaman Manzar berkata, mayat yang hanya tinggal rangka itu ditemukan orang awam hanya kira-kira 100 meter dari tempat individu berkenaan dilaporkan terjatuh.

“Polis menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan rangka tersebut kira-kira jam 3.35 petang tadi.

“Rangka tersebut dipercayai milik Mohd Shahril Hamid Yaacob, 30, yang dilaporkan terjatuh ke sungai itu 27 Jun lalu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Mohd Shahril yang dikatakan mempunyai masalah kesihatan, dipercayai terjatuh ke dalam sungai tersebut.

Mangsa dikatakan keluar rumah pada pukul 9 pagi sebelum selipar dan motosikalnya ditemukan di tebing sungai.

Mengulas lanjut Mulkiaman berkata, rangka tersebut berjaya dibawa keluar kira-kira pukul 5 petang hasil kerjasama bomba.

Rangka tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. - Getaran, 22 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Penduduk Terkejut Penemuan Rangka, Tak Hidu Bau Busuk Atau Dengar Jeritan

2

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kalau Jumpa Lebih Awal, Mesti Jasad Bella Masih Sempurna' - Kakak

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Penemuan Rangka Manusia Tiada Unsur Jenayah - Polis

4

TARA 2 tahun yang lalu

Penang Woman Akhirnya Miliki Wajah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka