web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hilang Di Laut Nelayan Warga Emas Dikhuatiri Lemas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 8:37PM

Operasi pencarian yang sedang dijalankan APMM selepas kehilangan seorang nelayan tempatan di perairan Tanjung Hantu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Seorang nelayan tempatan dikhuatiri lemas selepas hilang di perairan Tanjung Hantu pada kedudukan lebih kurang 1.3 batu nautika dari barat daya Tanjung Hantu, di sini, hari ini.

Difahamkan, kehilangan mangsa disedari selepas menemui sebuah bot tanpa pengemudi pada jam 11 pagi.

Semakan rekod dibuat mendapati bot berkenaan berpangkalan di Pulau Pangkor dan mangsa dipercayai seorang warga emas berusia lingkungan 80-an.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya menjalankan operasi pencarian di titik koordinat sebaik aduan diterima.

“Sebaik menerima laporan daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi, bot ronda PETIR 80 segera diatur sebelum operasi mencari dan menyelamat diaktifkan jam 3 petang.

“Operasi masih diteruskan dan sehingga kini belum ada sebarang petunjuk ditemui,” katanya.

Shahrizan berkata, APMM akan menyalurkan maklumat dari semasa ke semasa dan berkemungkinan menggunakan aset-aset lain dalam operasi berkenaan. - Getaran, 5 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi