web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Henti Jadikan Undi18 Alat Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 9:43PM

Undi18 tidak bersetuju dengan cadangan PN yang memutuskan pelaksanaan RUU Undi18 tanpa pendaftaran automatik pemilih. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dituntut supaya berhenti menjadikan pelaksanaan Undi18 sebagai cubaan politik untuk memenangi sokongan majoriti.

Jurucakap Persatuan Pengundi Muda (Undi18) berkata, mereka tidak bersetuju dengan agenda politik kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memutuskan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Undi18 tanpa pendaftaran automatik pemilih (AVR).

“Perdana Menteri berharap akan mendapat kerjasama bipartisan di Dewan Rakyat September nanti, tetapi Rang Undang-Undang (RUU) yang diusulkan itu adalah taktik beliau untuk terus berkuasa, kerana menerusi kerjasama ini, RUU berkenaan mungkin diterjemahkan sebagai undi percaya,” katanya di sini hari ini.

Tegas beliau, RUU Undi18 telah dipersetujui sebulat suara untuk dibentangkan sebagai satu pindaan di Parlimen pada Julai 2019, namun sehingga hari ini ia masih belum dilaksanakan.

“RUU Undi18 termasuk Seksyen 3(a) dan 3(b) boleh dilaksanakan dengan segera melalui pelaksanaan serta merta Seksyen 3.

“Penguatkuasaan AVR di bawah Seksyen 3(b) RUU Undi18 hanya sebagai mekanisme untuk mengenepikan sebarang halangan, yang menyekat ia daripada dilaksanakan.

“Perdana Menteri jelas telah terkeliru dan menganggap bahawa penurunan usia mengundi hanya dapat ditegakkan melalui RUU pindaan perlembagaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik (MUDA) Amir Abd Hadi beranggapan, pelaksanaan Undi18 yang disuarakan kerajaan hanyalah satu helah atau talian hayat, untuk membantu mereka ketika hampir tumbang.

“Segala tawaran itu boleh sahaja dibuat secara awal, bukan dalam keadaan ketika sudah hilang majoriti.

“Tidak ada halangan, untk melaksanakan Undi18yang bukan sahaja diluluskan dengan dua pertiga majoriti, malah mendapat sokongan penuh keseluruhan Ahli Parlimen pada masa itu,” katanya.

Tegas beliau, sudah terlalu banyak kerosakan dibuat oleh kerajaan PN, termasuk perbelanjaan yang tidak dibentang dan dibahas, helah bagi menutup Parlimen, pengurusan pandemik yang caca marba serta skandal ‘scheme of things’ untuk membeli sokongan.

“Hampir setiap hari ada rakyat biasa yang ditangkap dan disiasat hanya kerana menyuarakan kegagalan kerajaan.

“Kenyataan Tan Sri Muhyiddin bahawa tidak ada blok dengan majoriti adalah karut dan ini perlu dibuktikan dengan undi percaya yang sepatutnya dijalankan dengan kadar segera di Parlimen,” katanya. – Getaran, 13 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

3

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

4

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi