web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Memorial COVID-19, 31 Individu Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 8:51AM

Individu yang hadir ke perhimpunan di bawa ke IPD Dang Wangi menaiki ‘Black Maria’ selepas di tahan di Dataran Merdeka malam tadi. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan 31 individu dipercayai terlibat dalam perhimpunan mengenang mangsa pandemik COVID-19 di Dataran Merdeka, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya berkata, mereka terdiri daripada ahli Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) dan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan.

Seorang penunjuk perasaan berdiri di depan kain rentang yang tertulis ‘belasungkawa jiwa-jiwa yang telah pergi’.
Seorang penunjuk perasaan berdiri di depan kain rentang yang tertulis ‘belasungkawa jiwa-jiwa yang telah pergi’.

“Mereka didapati berhimpun sambil membakar lilin dan memegang kain rentang berwarna putih bertulis ‘belasungkawa jiwa-jiwa yang telah pergi’.

“Kesemua 31 peserta itu dikompaun RM2,000 setiap seorang setelah memberi keterangan di IPD Dang Wangi,” katanya di sini hari ini.

Polis menahan seorang individu yang hadir ke perhimpunan di Dataran Merdeka malam tadi.
Polis menahan seorang individu yang hadir ke perhimpunan di Dataran Merdeka malam tadi.

Menurut Noor Dellhan, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Perhimpunan Tanpa Notis dan Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta Peraturan 10, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Seorang individu di angkat oleh pihat polis selepas ditahan kerana hadir ke perhimpunan di Dataran Merdeka malam tadi.
Seorang individu di angkat oleh pihat polis selepas ditahan kerana hadir ke perhimpunan di Dataran Merdeka malam tadi.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak COVID-19.

“Kegagalan mematuhi SOP ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang-undang,” katanya.

Video penahanan kumpulan berkenaan tular di media sosial, memaparkan beberapa individu diheret menaiki ‘Black Maria’ di sekitar Dataran Merdeka malam tadi, ketika acara berkenaan berlangsung. - Getaran, 20 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Kelantan Tahan 4 Lelaki Akibat Main Bunga Api Secara Membahayakan 

3

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Demi Palestin, Ratusan Ribu Penuhi Jalan Raya Di London 

4

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Ribuan Berkumpul Di Luar Parlimen UK, Desak Gencatan Senjata Di Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka