web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Shaqeem Izwan Raih Emas Dalam Boling Remaja Asia

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 8:13AM

Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain boling muda negara, Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh memulakan kempen Kejohanan Remaja Asia Ke-21 2022 dengan cemerlang apabila meraih emas dalam acara perseorangan remaja lelaki di Bangkok, Thailand, hari ini. 

Beliau melakukan jatuhan 1,435 pin selepas enam permainan untuk muncul juara di Blu-O Rhythm and Bowl, Major Ratchayothin.

Atlet berusia 18 tahun itu menewaskan wakil Taiwan  Lan Shao Kang (1,407) dan Abdulrahman Alkandari (1,406) dari Kuwait, sementara rakan negara  Airel Amri Suhaimi (1,300), Syabil Azam Saymsul (1,286) dan Izz Naqiuddin Putera Islahuddin (1,285) masing-masing menamatkan saingan di tempat ke-16, ke-18 dan ke-19. 

Dalam kategori remaja perempuan pula, Adiana Mohd Redzwan (1,198) dan Anis Hanani Romzi (1,185) masing-masing terlepas pingat dan menamatkan permainan di tempat kelima dan keenam.

Nur Aqila Aini Mohammed Faiz (1,107) dan Nurul Hanis Nabila Mohd Nizam (1,097)  masing-masing ketinggalan dan berada di kedudukan ke-13 dan ke-15.

Singapura menguasai dua tempat teratas podium  menerusi  Ashley Victoria Lok (1,334) dan Shirlene Wong Xue Lin (1,300) yang masing-masing meraih emas dan perak sementara wakil tuan rumah Ramita Sarntong (1,289) membawa pulang gangsa. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang