web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Final Piala FA: Perkhidmatan LRT Dilanjut Hingga 1 Pagi

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Sep 2022 6:40PM

Tempoh operasi perkhidmatan LRT di Stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi. - Gambar ihsan Rapid Rail Sdn Bhd

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penonton yang bercadang ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan aksi final Piala FA Sabtu ini tetapi bimbang terpaksa berdepan kesesakan jalan raya, tidak perlu bimbang kerana Rapid Rail melanjutkan tempoh operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Bukit Jalil sehingga jam 1 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Rail Sdn Bhd, Amir Hamdan berkata, tren tambahan akan disediakan sejurus tamat perlawanan bagi memberikan keselesaan kepada penyokong kedua-dua pasukan yang bersaing, iaitu Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Katanya, semua pengguna LRT dinasihatkan menggunakan sistem Touch ‘n Go, selain membuat urusan tambah nilai mencukupi terlebih dahulu sebelum tiba di stesen berkaitan bagi melancarkan pergerakan.

“Operasi di Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi dengan tren tambahan disediakan bagi keselesaan penumpang, sejurus selepas tamat perlawanan antara TFC dan JDT.

“(Bagi mereka yang memandu ke stesen) Kami galakkan pengguna meletakkan kenderaan di Park & Ride di stesen LRT dan MRT bagi memudahkan pergerakan ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Saya juga harap penyokong dapat lakukan urusan tambah nilai lebih awal bagi memudahkan urusan tanpa perlu melakukannya di kaunter stesen,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Rapid Rail juga akan menyediakan ruang solat tambahan di Stesen LRT Bukit Jalil bagi memudahkan penyokong beragama Islam menunaikan kewajipan itu.

“Kami menyeru semua penyokong dapat menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar, khususnya di sekitar Bukit Jalil,” ujarnya. – Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

TECNO Kini Penyokong Global Rasmi Untuk Kejohanan Kelab AFC 2024-2025

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global