web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Netizen Kecam SNBJ ‘Pokai’, Tak Mampu Beli Kanvas Tutup Padang

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 3:07PM

Padang SNBJ dari jarak jauh semasa final Piala FA di antara JDT dan Terengganu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majoriti netizen mengecam tindakan pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selepas pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terpaksa meminjamkan kanvas bagi menutup padang.

Rata-rata warga maya hairan, mengapa SNBJ yang berada di bawah pengurusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terlalu ‘miskin’ atau tidak mempunyai sumber kewangan bagi memastikan padang stadium berada dalam keadaan ‘sihat’.

“Bodoh betul pengurusan Stadium Bukit Jalil, kanvas tutup padang pun tiada,” ciap @mdrzlzk di Twitter.

“Takkan stadium nasional Malaysia tiada duit nak beli kanvas tutup padang sehingga TMJ kena beri pinjam kepada pihak pengurusan SNBJ,” luah pula Suhaimi Intan.

“Ini memang benda pelik sebab bukan Stadium Bukit Jalil ini bukan stadium milik kelab bola tapi ia bawah pengelolaan dan pemantauan KBS. Mana pergi sumber kewangan setakat nak beli kanvas sahaja,” kata Ahmad Zam.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen menggesa agar Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletakkan jawatan disebabkan padang Stadium Nasional Bukit Jalil masih lagi bertaraf ‘cap ayam’ dan memalukan Malaysia.

 

Spesis Menteri Belia dan Sukan muka tembok, tak tahu malu, bajet nak beli kanvas buat tutup padang di stadium pun tak...

Posted by Zaharudin Atan on Saturday, September 10, 2022

Malah, ada yang memberi cadangan agar rakyat Malaysia bersatu hati menderma kepada SNBJ dan menyalurkan ia terus kepada pihak terbabit agar tiada pihak tidak bertanggungjawab menyeleweng bantuan berkenaan.

“Spesis Menteri Belia dan Sukan muka tembok, tak tahu malu, bajet nak beli kanvas buat tutup padang di stadium pun tak boleh nak beli.

“Apa punya kemaluan kau ni, Baik kau letak jawatan menteri. Singkirkan beliau dari jawatan timbalan presiden parti (BERSATU),” kata Zaharuddin Atan dengan sinis.

“Marilah kita bersatu hati tubuh satu gabungan agar rakyat Malaysia boleh menderma untuk kita beri kepada pihak stadium agar mereka mampu membeli kanvas untuk menjaga padang tapi bagi secara terus dan bersyarat,” kata pula Zamari Ikwan.

“Peja (Ahmad Faizal) ini lebih baik berhentilah. Geram tengok masih tiada penambahbaikan sehingga TMJ terpaksa bagi pinjam kanvas kepada SNBJ. Ini sangat memalukan,” luah Tam Amri di Facebook.

Terdahulu, igauan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ‘dimalukan’ pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023 tidak lagi berulang selepas langkah proaktif diambil pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail memastikan padang untuk aksi final Piala FA itu berada dalam keadaan ‘sihat’ apabila meminjamkan kanvas bertujuan menutup padang stadium.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Tunku Ismail memaklumkan bahawa kanvas yang menutup padang SNBJ bagi aksi final Piala FA membabitkan Terengganu FC (TFC) menentang JDT adalah milik Harimau Selatan.

Tindakan itu adalah bagi memastikan kelancaran final Piala FA tanpa masalah padang becak berulang.

Bantuan tersebut jelas memberi manfaat, apatah lagi hujan lebat yang kerap melanda kebelakangan ini mengakibatkan padang rosak dan tidak berada dalam keadaan terbaik untuk aksi final.

Padang SNBJ rosak teruk pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini, menyebabkan tindakan drastik dilakukan pihak Perbadanan Stadium Malaysia(PSM) untuk memperbaikinya.

Situasi terbabit turut mengundang kecaman pelbagai pihak kerana stadium berharga ratusan juta ringgit itu tidak seharusnya berhadapan masalah terbabit hingga terpaksa menggunakan penyodok untuk membuang air bertakung. - Getaran, 11 September 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 2 bulan yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'