web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tunku Abu Bakar Muncul Naib Juara GT World Challenge Asia 2023

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 9:10AM

Tunku Abu Bakar (kiri) bersama rakan sepasukan dengan piala dimenangi - gambar RPO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Putera bongsu Sultan Johor, Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim muncul sebagai Naib Juara Kejuaraan Pemandu GT3 ketika Perlumbaan GT World Challenge Asia 2023 melabuhkan tirainya musim ini. 

Tunku Abu Bakar bersama rakan sepasukan, Mikael Grenier mewakili Johor Racing (JMR) mencatatkan prestasi baik pada perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kelmarin dan semalam dengan meraih podium iaitu tempat ketiga pada kedua-dua perlumbaan.

Perlumbaan hujung minggu lalu itu menyaksikan Tunku Abu Bakar mengakhiri musim kejuaraan perlumbaan GT World Challenge Asia, dengan mengumpul 137 mata, hanya kurang lima mata di belakang juara, Anthony Liu Xu dari China.

Royal Press Office (RPO) nenerusi hantaran di Facebook memaklumkan, seorang lagi putera baginda berdua, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor bersama rakan sepasukannya, Broc Feeney menamatkan perlumbaan pada tangga ke-11, dua hari berturut-turut. 

Perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu juga diserikan dengan keberangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah untuk memberikan dorongan dan sokongan kepada kedua-dua putera.

Berangkat sama ialah Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah, Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Datuk Dennis Muhammad Abdullah. - Getaran, 25 September 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Saksikan ‘GT World Challenge Asia’

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Ibrahim Gerakkan 3 'Air Boat' Miliknya Bantu Misi Banjir

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tunku Putera Johor Selamat Dalam Kemalangan Pada Perlumbaan GT Australia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'