web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BERSATU Semakin ‘Bergolak’, Naib Ketua ARMADA, 7 AJK Pengkalan Chepa Letak Jawatan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 3:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapan ahli jawatankuasa Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Pengkalan Chepa meletakkan jawatan berkuat kuasa 26 Disember lalu.

Mereka yang melepaskan jawatan tersebut adalah Naib Ketua ARMADA Bahagian Pengkalan Chepa, Shahrizat M Roslan, bendahari dan enam ahli jawatankuasanya.

Sharizat menegaskan, keputusan tersebut diambil selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua ARMADA Bahagian Pengkalan Chepa, Nas Azreel Ahmad Nas Ruddin.

Beliau mendakwa Nas Azreel gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua, di samping banyak melakukan kesilapan dan lemah dalam urus tadbir serta tidak pernah mempedulikan akar umbi ARMADA di peringkat cawangan.

“Nas Azreel juga tidak pernah mengadakan mesyuarat jawatankuasa bahagian bagi membincang pelaksanaan program sejak Februari 2000 hingga Disember 2021.

“Selain itu, dia juga tidak pernah membuat pembentangan kewangan, bajet dan dana yang masuk untuk Armada Pengkalan Chepa. Tiada intgeriti sebagai seorang ketua seperti yang ditekankan oleh Presiden PPBM,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, dengan tindakan yang diambil, secara automatik jawatankuasa ARMADA BERSATU Bahagian Pengkalan Chepa terbubar, berdasarkan perlembagaan parti tersebut.

“Berdasarkan Perlembagaan ARMADA Fasal 11.11, maka secara automatik tergugurlah jawatan Ketua Armada Pengkalan Chepa yang juga merangkap Ketua Armada Kelantan.

“Kami sangat mengharapkan kepimpinan parti dapat melantik Ketua ARMADA Penaja yang mampu menggalas tanggungjawab parti demi kelangsungan sayap itu,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Srikandi Muda Johor dan Bahagian Johor Bahru, Nur Najihah Abdul Halim juga telah mengumumkan peletakan jawatannya dalam BERSATU, susulan ketidakpercayaan kepimpinan tertinggi Srikandi Johor kepada dirinya.

Menurutnya, hal itu ekoran keputusan dibuat kepimpinan yang menukarkan jawatannya ke Biro Kesenian dan Kebudayaan Johor untuk penstrukturan semula Srikandi Muda Johor.

Tambahnya, menjadi seorang ketua bukan semata-mata mengajak orang ramai untuk mengikut dan menjadi ‘yes man’, tetapi perlu mendengar pendapat dan kritikan pihak lain.

Namun, Setiausaha BERSATU Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamil menafikan dakwaan berlaku pergolakan parti susulan peletakan jawatan Nur Najihah.

Sahruddin berkata, Srikandi Muda hanyalah biro di bawah Srikandi Johor yang merupakan sayap BERSATU selain ARMADA. - Getaran, 4 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Politik 3 bulan yang lalu

BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Muhyiddin Rayu Keputusan Kembalikan Kes Guna Kedudukan Untuk Suapan Ke Mahkamah Sesyen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 48 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini