web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MCA, UMNO Siap Sedia Hadapi PRN Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 9:16PM

Wee Ka Siong (tengah) memaklumkan MCA sudah mempersiapkan jentera parti untuk menghadapi PRN Johor yang dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat. - Gambar dari Facebook Wee Ka Siong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MCA sudah mempersiapkan jentera parti berkenaan bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden parti, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong bagaimanapun berkata, sehingga kini belum terdapat sebarang maklumat atau mesyuarat diadakan berhubung perkara itu.

"Kita akan berdepan sama ada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atau PRN di mana-mana dan kita tetap mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sama, tatacara kita adalah bersiap siaga kerana kita dah masuk tahun keempat.

"Bila-bila saja wisel ditiupkan kita akan bersiap siaga dan pastikan orang-orang kita sudah turun ke bawah dan faham peranan masing-masing," katanya, hari ini.

Ka Siong menegaskan, MCA menjangkakan PRN atau PRU akan dilaksanakan dalam masa terdekat apabila memasuki tahun keempat bagi setiap penggal.

“Malah, untuk tempoh 18 bulan akan datang juga MCA meramalkan akan berlaku PRU15.

“Perkara paling penting dilakukan adalah mendampingi rakyat setiap masa dan bukan hanya tunggu masa pilihan raya,” katanya.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad memberi bayangan PRN Johor bakal diadakan dalam masa terdekat.

Hasni yang juga Pengerusi UMNO Johor memberi jaminan, PRN tidak akan mengganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri jika dilaksanakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pelbagai program yang dirancang kerajaan negeri terutama inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet Johor 2022 akan berjalan seperti biasa.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, partinya akan mengadakan perbincangan lebih lanjut berhubung kemungkinan pelaksanaan PRN Johor dalam waktu terdekat.

Beliau berkata, apa yang penting ketika ini ialah waktu sesuai bagi mengadakan pilihan raya tersebut.

"Perbincangan lanjut itu belum lagi. Saya ingat dalam sehari dua ini.

"Bila nak buat pilihan raya ini, paling penting adalah masa. Saya tiada info berkenaan dengan masa itu, mereka di Johor yang ada,” katanya.

Kenyataan Hasni itu mengukuhkan lagi spekulasi Johor bakal berdepan PRN dalam tempoh terdekat.

Kerajaan negeri sebelum ini menyatakan akan meneliti kedudukan semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam membuat pertimbangan, sama ada PRN perlu diadakan atau sebaliknya.

Ia susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian, 21 Disember lalu.

Terdapat 56 kerusi di DUN Johor dengan agihan terkininya masing-masing 14 kerusi untuk UMNO dan DAP, BERSATU (11), MIC (dua), PAS (satu), manakala PKR dan AMANAH  masing-masing tujuh dan enam kerusi.

Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, berikutan kematian Osman. – Getaran, 21 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad