web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nak Menang PRU-15, BN Perlu Ubah Persepsi Rakyat - Mohamad Hasan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 11:47AM

Mohamad Hasan berkata BN harus menghentikan segala usaha menyajikan rakyat dengan perspektif berdasarkan persepsi semata-mata. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) harus tampil dengan imej revolusional yang “cool but serius and promising” demi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagi merealisasikan perkara itu, BN memerlukan informasi, bukannya persepsi yang perlu disandarkan kepada strategi atau berdasarkan maklumat dan ia harus disokong dengan pelan strategik.

Menurut beliau, BN harus menghentikan segala usaha menyajikan rakyat dengan perspektif berdasarkan persepsi semata-mata yang akhirnya menjadikan gabungan berkenaan sebagai mangsa.

“Cara yang terbaik untuk membetulkan persepsi adalah, dengan melumpuhkannya menggunakan kenyataan yang benar dan sahih. Rakyat boleh menilai dan tidak akan terpedaya lagi. (Yang) menjadi masalah adalah kita membiarkan sahaja, segala tohmahan dan persepsi rekaan pembangkang, sampai kepada masyarakat.

“Saya perhatikan dalam banyak keadaan, kita gagal memberikan jawapan dan bidasan. Kalaupun ada, ia lebih bersifat retorik politik dan tidak berobjektif.

Jika cubaan menjawab dan membidas ini tidak dilakukan secara strategik dan terancang, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan ibarat tikus membaiki labu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Konvensyen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Lantaran itu, Mohamad menggesa anggota gabungan tersebut untuk lebih banyak menyerang dan jangan sekadar berpeluk tubuh sehingga membiarkan BN karam kerana dilimpahi serangan bertalu-talu dari pelbagai sudut oleh Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Pendekatan ‘defensive’ selama ini, seolah-olah menggambarkan kita lemah dan salah. Saya kadang-kadang berasa sangat kesal, atas sikap berdiam diri kita. Jentera komponen nampak tidak berupaya menangkis tohmahan keji lawan kita, dengan radikal dan berkesan.

“Bukannya kita ini parti yang tidak ada sumber dan kekuatan namun BN ada pelbagai sumber dan kelebihan. Jadi gunakanlah.

“Pendekatan tunggu dan lihat dan menjawab hanya apabila diserang ini, mesti segera berakhir. Kita mesti proaktif dan giat membongkar betapa gagalnya PH dan PN selama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO menegaskan, gabungan tersebut perlu komited untuk menguasai semula permainan dan menjadi kerajaan sepenuhnya agar BN dapat memulihkan kembali negara.

Menurutnya, rakyat ketika ini sangat terbeban dengan kenaikan melampau harga barang sehingga di luar kemampuan, serta bekalan makanan asas yang berisiko terputus dan tidak mencukupi.

“Kepercayaan kepada institusi awam terjejas. Iklim pelaburan terus pudar dan perlahan. Segalanya lebih baik dahulu daripada sekarang. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negara ini, apabila BN ditewaskan pada 2018. PH telah gagal.

“Dari semua segi kita telah merosot, dan berundur ke belakang. Dan bila kita menerajui semula kerajaan waktu ini, tangan pula terhad dan terikat kerana gabungan ini tak punyai kuasa dominan.

“Kita terpaksa akur, dengan pelbagai kekangan politik dan persefahaman politik, dengan pelbagai sekutu dan seteru kita. Jika kita mahu bertindak sedikit agresif atau lain dari selera mereka , kita diancam dan diugut. Ini bukan satu situasi baik kepada BN dan Malaysia.

“Jadi, janganlah kita sesekali turun ke medan pilihanraya, dengan nostalgia dan cita-cita kosong. Jika hanya ingin kuasa, itu bukan BN,” katanya.

Mohamad berkata, BN harus mengambil alih semula pentadbiran negara bagi mengembalikan kestabilan politik kerana suasana ketika ini telah menjerumuskan negara ke era 20 tahun ke belakang dan sekiranya ini berterusan, Malaysia akan menjadi negara tercorot di mata dunia.

“BN mesti mengambil alih semula Malaysia, kerana kita mahu mencipta masa depan untuk generasi akan datang. Mentadbir negara, bukan setakat menguruskannya untuk kemandirian hari ini tetapi ia juga tentang membina asas- asas kelangsungan hari esok.

“Kita bukan hanya mewarisi Malaysia ini dari generasi lepas, tetapi turut meminjamnya dari generasi akan datang,” katanya.

Justeru, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau menyeru agar ahli parti berpegang kepada politik bermoral yang pastinya akan bertahan dan dikenang oleh rakyat jelata.

“Kita mesti menolak sang oportunis politik. Jangan beri ruang kepada pedagang politik. Sebaliknya, buka ruang, sokong dan angkat kepercayaan kepada calon yang berilmu, berakhlak, berprinsip dan memberikan jiwa nurani kepada negara dan bangsa.

“Ingat, dalam usaha membudayakan politik bermoral, kita sebenarnya tidak pernah berhutang dengan sesiapa. Tidak perlu berterima kasih kepada sesiapa.. Tidak ada istilah tolak ansur dalam perkara moral.

“Dahulu kita dalam BN berbelas belas komponen. Bila kalah, kita cuma tinggal berempat. Semua meninggalkan kita kerana moral, perjuangan dan kesetiaan mereka telah ditafsir dan diubah-ubah mengikut selera serta perut yang tidak pernah kenyang,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2020.

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Kerajaan Teruskan PLKN, Pelatih Jalani Latihan Di Kem Tentera

2

Politik 1 tahun yang lalu

Dijangkiti Influenza, Tok Mat Cuti Kempen 3 Hari

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Latihan Menembak: Lembaga Penyiasatan Terdiri Daripada Pakar Letupan

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pembahagian Kerusi PH-BN Di 6 Negeri Selesai 90 Peratus - Tok Mat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 57 minit yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang