web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan SPR Tangguh Undi 18 Hina Sidang Dewan - Fahmi Fadzil

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Mar 2021 2:41PM

Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan Undi 18 kepada September 2022 dianggap sebagai satu tindakan yang menghina Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, keputusan berkenaan secara jelas dan nyata menafikan hak golongan muda untuk mengundi.

Menurut beliau, ia adalah penindasan secara halus ke atas pengundi (voters suppression) yang perlu segera dihentikan.

“Perkara ini mendapat persetujuan lebih dua pertiga wakil rakyat dan keputusan SPR berkenaan jelas menggambarkan ketakutan kerajaan terhadap suara pengundi muda,” katanya kepada Getaran selepas program Donate and Sing di sekitar Bnagsar Walk.

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, SPR seharusnya sudah mengambil tindakan proaktif dengan mewujudkan pendaftaran automatik dalam talian.

“Bukankah ia lebih mudah, apabila semua individu yang berusia 18 tahun secara automatik boleh mendaftar tanpa perlu melalui proses secara manual.

“Sekarang pun individu berusia 21 tahun ke atas boleh mendaftar, mengapa tidak kita panjangkan ia kepada golongan yang sudah mencecah 18 tahun,” katanya.

Fahmi menarik perhatian, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sudah menghantar surat kepada pengerusi SPR, bagi membincangkan lebih lanjut perihal undi 18 itu.

“Kami berharap untuk menyampaikan pendapat bahawa pelaksanaan Undi 18 wajar dikuatkuasakan secepat mungkin, bukan ditangguhkan sehingga tahun hadapan.

“Undang-undang berkaitan hal ini sudah diluluskan dan tidak ada alasan untuk kerajaan berlengah lagi,” katanya. – Getaran, 27 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Merdekakan Jiwa Daripada Penyebaran Konten, Komen Jelik - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah