web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sertai PKR Demi Rakyat, Bukan Untuk Kerusi Calon - Afdlin Shauki

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2021 8:24AM

Afdlin Shauki Aksan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – “Penyertaan dan keputusan saya untuk menyertai PKR bukan kerana ingin melobi bagi mendapatkan kerusi atau dinamakan sebagai calon, tetapi bertunjangkan kepada iltizam untuk membantu golongan memerlukan, dalam erti kata sebenarnya,”.

Jaminan itu diberikan artis serba boleh, Datuk Afdlin Shauki Aksan kepada Getaran, lewat pertemuan eksklusif di sini, ketika ditanya mengenai keputusannya untuk menyertai PKR, seperti yang heboh diperkatakan media tempatan sejak semalam.

“Jika tidak ada yang berani membawa perubahan, semuanya akan kekal sebagai status quo, di takuk lama.''

Menurut beliau, pembabitannya dalam PKR bukan atas tiket kuasa, nama atau pangkat, tetapi didorong oleh niat ingin menjadikan ia sebagai pemudah cara untuk menyampaikan suara rakyat serta memperjuangkan nasib mereka.

PKR katanya, berorientasikan kepelbagaian kaum yang bersandarkan kepada perjuangan membela rakyat, justeru ia adalah saluran tepat untuk dirinya menggapai matlamat itu.

“Selepas beberapa lama saya dapat melihat bahawa apa yang dicari selama ini ada dalam PKR dan seiring dengan kematangan faktor usia, saya mahu melakukan lebih daripada sekadar menghibur orang ramai.

“Saya mahu bantu semua pemain industri yang nasib mereka dalam keadaan tidak menentu, khususnya sejak pandemik COVID-19 melanda dunia,” tegasnya.

Afdlin, pengasas Yayasan Afdlin Shauki (YAS) berkata, semua misi di dalam PKR nanti akan digerakkan menerusi operasi YAS yang sejak sekian lama banyak terbabit dalam misi kemanusiaan, termasuk di luar negara.

“Pembabitan saya dalam politik ini sebenarnya mahu digunakan sebaiknya untuk mendekati lebih ramai individu memerlukan kerana parti berupaya membantu langkah ini menjadi semakin panjang.

“Saya tak mahu tampil dengan imej stereotaip ahli politik, tetapi membawa misi dan visi yang semuanya berpaksikan kepada kebajikan untuk rakyat,” katanya.

Ditanya apakah reaksi jika dicalonkan untuk bertanding di kawasan tertentu oleh pucuk pimpinan, bapa tiga anak itu pantas mencelah, ia terserah kepada parti untuk membuat sebarang perancangan.

“Apa yang saya tahu, semuanya terpulang kepada kebijaksanaan dan keputusan pucuk pimpinan.

“Jika mereka merasakan baik (untuk saya bertanding), saya akan berikan segala yang termampu dan jika sebaliknya juga, saya tak akan berganjak dari memberikan seluruh kerjasama diperlukan,” katanya, memberi jaminan.

PKR jelas Afdlin, diyakini mampu memberi ruang kepadanya untuk lari daripada stigma negatif seorang ahli politik dan meneroka konsep baharu yang lebih dinamik serta berwibawa.

“Mungkin ada yang menganggap saya terlalu naif, atau mungkin juga idealis. Tidak mengapalah, kerana bagi saya semuanya memerlukan pembaharuan dan perubahan.

“Jika tidak ada yang berani membawa perubahan, semuanya akan kekal sebagai status quo, di takuk lama. Kalau saya tak cuba, kita tak akan tahu, kena berani ambil risiko,” katanya.

Penyertaan Afdlin dalam PKR dijangka diumumkan secara rasmi oleh Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, bertempat di Hotel Flamingo, Ampang.

Selain Afdlin, komposer lagu hip hop tempatan, Altimet juga diuar-uarkan sebagai bakal menyertai parti itu, di majlis yang sama.

Turut dijangka hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor. – Getaran, 1 April 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

2

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

3

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

4

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah