web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Saya Mungkin Lantang, Namun Saya Bukan Azmin Ali’ - Rafizi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 3:30PM

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - “Saya mungkin lantang namun saya bukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Kongres Nasional PKR Ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Pendirian itu menutup segala ura-ura bahawa akan berlakunya perpecahan PKR, susulan kenyataannya semalam yang membidas kecenderungan ahli parti membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam segala perkara sehingga menjadikan Presiden PKR itu ‘kebal’ dari segenap segi.

Tegas Rafizi, beliau tidak akan bersikap manis di bibir dalam ‘mengagungkan’ Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang menyandang jawatan Timbalan Presiden.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan tidak akan berkelakuan seperti Azmin, yang disifatkan sebagai pengkhianat parti apabila memilih untuk bersekongkol bersama Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi gerakan Langkah Sheraton. 

“Saya telah buktikan saya tidak berminat dengan jawatan menteri ataupun awam. Semasa Pakatan Harapan (PH) menang pada 2018, saya menjadi orang biasa sebab itu pilihan kerana saya masuk parti bukan untuk jawatan, cuma kalau dikritik, jangan hampakan tanggungjawab yang kami (akar umbi) letakkan kepada kamu (kepimpinan PKR),” katanya, hari ini.

Katanya, ketegasan yang diamalkan beliau ketika ini adalah kerana PKR serta barisan pembangkang memikul tanggungjawab dalam menjaga amanah rakyat dan memastikan negara tidak tergelincir dengan lebih teruk.

Peringatan ini jelas Rafizi, adalah bagi memastikan PKR dan PH tidak akan ‘dijahanamkan’ oleh rakyat pada pilihan raya umum (PRU), iaitu penolakan besar-besaran rakyat terhadap blok pembangkang.

Rafizi berkata ketegasan yang diamalkan beliau ketika ini adalah kerana PKR serta barisan pembangkang memikul tanggungjawab dalam menjaga amanah rakyat dan memastikan negara tidak tergelincir dengan lebih teruk - Gambar oleh Sairien Nafis
Rafizi berkata ketegasan yang diamalkan beliau ketika ini adalah kerana PKR serta barisan pembangkang memikul tanggungjawab dalam menjaga amanah rakyat dan memastikan negara tidak tergelincir dengan lebih teruk - Gambar oleh Sairien Nafis

“Saya harap saudara Anwar ingat (bahawa) saya bukan jenis manis di bibir dan tikam belakang. Saya tak pernah berjanji untuk pecahkan tembok penjara ketika Anwar di penjara. Saya memang tak angkat atau julang mahupun memuji. Kalau Presiden nak kecil hati, kecillah.

“Namun, saya harap saya dihakimi dan diadili dengan usaha dan kerja saya serta konsistensi dalam beberapa perkara. Kalau tak kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kalah, memang saya takkan kembali (politik). Saya dah tunaikan permintaan semua untuk membantu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menggesa Majlis Pimpinan Negeri (MPN) membuat laporan polis terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Selasa ini agar propaganda pemimpin itu dalam meracuni rakyat, termasuk memainkan isu perkauman perlu dihentikan.

“Selepas ini setiap kali Najib berbohong, jangan duduk diam, kena buat laporan polis sentiasa sebab saya tahu Najib seorang penakut, dia ‘sembang kencang’ sebab tiada yang lawan dia dan rasa bebas. Kita harus sentiasa jawab sehingga dia akan menjawab pelbagai isu seperti di mahkamah, semua dia tak tahu.

“Selain itu, perkemaskan persiapan pilihan raya secepat mungkin, perkuatkan jentera dari sekarang kerana masa sangat pendek. Saya akan mula turun ke kawasan Parlimen, tumpuan bermula minggu pertama Ogos. Saya minta Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sama-sama turun ke negeri atau cabang dua tiga minggu dari sekarang.

“Jumpa jentera, perbetulkannya…Ini masa laksana tanggungjawab membela maruah parti dalam pilihanraya. Saya akan cuba kerja kuat. Jadi, ambil peluang ini untuk kita bersama-sama (sebagai satu pasukan),” katanya. - Getaran, 17 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad