web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ayat Lucah: Tindakan Terhadap Tajuddin Diputuskan Esok

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 8:05PM

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan dan ketetapan terhadap Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (UMNO-Pasir Salak) yang dikatakan mengeluarkan kata kesat serta lucah dalam sidang Dewan Rakyat akan diputuskan esok.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pertemuan akan dilaksanakan dengan sebahagian saksi yang bakal dipanggil pihaknya bagi mendapatkan perincian lanjut berhubung perkara tersebut.

"Sepertimana cadangan saya pada waktu itu supaya menulis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat (Tan Sri Azhar Azizan Harun) dan surat telah dihantar kepada Yang Dipertua, saya pun menerima surat itu.

"Oleh kerana Yang Dipertua meminta untuk saya mengendalikannya, saya baru terima surat tersebut dan sedang dalam proses (penelitian).

"Sebahagian saksi telahpun saya aturkan pertemuan dengan mereka dan saya akan rumuskan keseluruhan dan berikan jawapannya dalam minggu ini, selewat-lewatnya esok untuk saya buat keputusan," katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Terdahulu, Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) menegaskan, beliau telah menghantar surat kepada Azhar Azizan pada minggu lalu dan meminta agar Tajuddin memohon maaf serta menarik balik kenyataannya yang didakwa berbaur lucah.

“Ketika kita menggalakkan anak muda dan wanita menjadi wakil rakyat yang berintegriti dan berkualiti, kita dihadapkan dengan seorang Ahli Parlimen di sana (blok kerajaan) yang mengeluarkan kata-kata ini (lucah).

Pada masa sama, beliau terkejut dengan tindakan Tajuddin yang tidak boleh diterima, malah apa yang mengecewakan, Mohd Rashid tidak mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

"Ketika kejadian, Timbalan Yang Dipertua (Rashid) mempengerusikan (sidang Dewan) dan hanya melepaskan beliau dengan sekadar amaran sahaja. Saya amat kecewa dengan sembilan Ahli Parlimen yang menjadi saksi pada hari tersebut, apabila Ahli Parlimen Pasir Salak mengeluarkan kata-kata lucah semasa mikrofonnya ditutup.

"Ditutup atau dibuka (mikrofon), ia telah berlaku dan sembilan Ahli Parlimen menjadi saksi," tegasnya.

Rabu lalu, Dewan Rakyat kecoh apabila Tajuddin melabelkan segelintir Ahli Parlimen wanita daripada DAP sebagai 'mulut cabul' dan berperangai tidak senonoh. 

Beliau membuat tuduhan ketika membidas Teo Nie Ching (DAP-Kulai), yang mendakwa bekas Pengerusi Prasarana itu dan dua lagi Ahli Parlimen kerajaan sering membuat kenyataan seksis kepada wakil rakyat wanita di dalam Dewan Rakyat.

"Saya nak beritahu, mereka tak kenal tiga orang ini? Bagaimana kita menjaga maruah wanita, bagaimana kita menolong wanita. Anda tidak tahu. Anda boleh tanya (golongan) wanita?

"Apa motif sebut nama tiga ahli Parlimen ini semalam, yang menuduh tidak hormat wanita, tidak menjaga maruah wanita? Apa tujuan mereka? Anda cuba merosakkan imej kita. Saya nak jelaskan di sini, jangan senang-senang tuduh. Kita banyak bantu wanita," katanya. - Getaran, 25 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Saman Fitnah: Mahkamah Perintah Tajuddin Bayar Kos RM120,000 Kepada Khalid, KiniTV

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: Ahmad Zahid Berdepan Giant Killer Shamsul Iskandar Di Bagan Datuk, 2 Lain

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wakil DAP P. Pinang Buat Laporan Polis Terhadap Tajuddin

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kalau Nak Gantung, Gantung Bagi Mati’ - Tajuddin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'