web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penyebaran Audio Rakaman Politik Jahat Dan Keji - Zahid Hamidi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 2:29PM

Zahid berkata yang beliau amat kecewa dan terkejut dengan penyebaran audio berkenaan. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan penyebaran audio rakaman yang didakwa membabitkan beliau dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu percaturan politik jahat dan keji.

Menurut beliau, rakaman berkenaan mengesahkan bahawa wujud usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO.

Katanya, satu laporan polis juga telah dibuat bagi mengenal pasti dalang sebenar, yang membawa kepada kewujudan perkara itu.

“Sebagai Presiden UMNO, saya tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

“Saya percaya lebih banyak lagi permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremeh dan memusnahkan UMNO,” katanya.

Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau amat kecewa dan terkejut dengan penyebaran audio berkenaan, apatah lagi perkara seumpama itu tidak wujud sama sekali.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana rakaman audio tersebut, malah tidak wujud sebarang perbualan bersama Datuk Seri Anwar selepas PAU baru-baru ini,” tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan, lembaga disiplin UMNO perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas presiden parti itu sekiranya rakaman audio terbabit terbukti tulen.

Menurut beliau, rakaman perbualan terbabit jelas bercanggah dengan pendirian dan ketetapan dibuat MKT serta parti baru-baru ini, yang menolak sebarang jalinan kerjasama dengan Anwar dan PKR.

Katanya, pendedahan yang terbit dari rakaman berkenaan amat mengejutkan.

Menerusi audio yang tular itu, ‘Zahid’ dikatakan memberitahu, ucapan penggulungan beliau pada penutup PAU 2020 26 Mac lalu hanyalah satu taktik untuk mengaburi mata orang ramai.

Sebagai reaksi, Anwar dalam rakaman itu pula menerima penjelasan diberikan Zahid dan memberitahu, masih banyak perlu dilakukan bersama MKT, yang berkemungkinan merujuk kepada kerjasama parti itu dengan PKR.

Zahid pada PAU 2020 ketika menggulung ucapan pada hari terakhir perhimpunan dengan lantang berkata, UMNO menolak sebarang kerjasama dengan DAP, Anwar dan BERSATU, malah bersedia bergerak secara solo pada pilihan raya umum ke-15 (PRU 15) nanti. - Getaran, 7 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah