web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perbualan Bersama Zahid Tidak Pernah Berlaku - Anwar Ibrahim

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 2:39PM

Anwar menegaskan rakaman audio yang tersabar itu adalah palsu. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbualan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah berlaku, walaupun pada hakikatnya ia adalah hak prerogatif dirinya sebagai pemimpin pembangkang, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut presiden PKR itu, perbualan yang didakwa berlaku selepas tamatnya Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) itu tidak pernah berlaku.

Merujuk kepada rakaman audio yang tular di media sosial baru-baru ini, Anwar mengesahkan ia adalah palsu, seperti didakwa Zahid dan satu laporan polis akan dibuat pegawainya hari ini.

“Rakaman audio itu, saya boleh katakan bahawa ia bukan satu perbualan asli bersama Zahid dan saya sebagai pemimpin pembangkang, bercakap dengan semua orang.

“Ia adalah hak prerogatif dan tanggungjawab saya untuk menangani setiap isu yang timbul dan mewujudkan persefahaman bersama. Jika ada yang tidak mahu bercakap (dengan saya), itu juga hak prerogatif mereka,” katanya.

Beliau yang juga ketua blok pembangkang turut memberi jaminan untuk meneruskan segala usaha diperlukan bagi menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai ketua gabungan, untuk menumbangkan kerajaan pintu belakang ini dan mengembalikan mandat rakyat, seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018,” tegasnya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, tindakan pantas perlu dilakukan, selepas mengambil kira kegagalan kerajaan menangani isu pandemik COVID-19 dan kelembapan ekonomi dengan baik, sehingga mengakibatkan rakyat berdepan beban yang amat berat.

Bukan sekadar menyebarkan rakaman audio palsu, Anwar berkata beliau juga dijadikan alat oleh beberapa pihak, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk memecah-belahkan UMNO.

Semua perkara itu jelas beliau, adalah bukti kelemahan ketara barisan kepimpinan kerajaan PN yang cuba sedaya upaya mengukuhkan cengkaman kuasa mereka.

“Mereka akan mencuba apa sahaja, termasuk berbohong dan berdusta, sebelum bertukar kepada mengugut. Mereka akan membeli sesiapa sahaja yang laparkan wang tetapi individu yang teguh pada pendirian, akan ditohmah atau difitnah,” katanya.

Fitnah terbaru itu jelas beliau, bukan taktik lama, sebaliknya sering diguna pakai oleh anggota pentadbir kerajaan persekutuan.

Semua itu tegasnya, petanda jelas akan kepincangan yang wujud dalam barisan pentadbir ketika ini, menyebabkan mereka beralih kepada cara kotor, termasuk menggunakan rasuah, ugutan dan penipuan bagi mencapai matlamat dihajati.

“Ini adalah masanya untuk kita lebih matang kerana saya percaya, semua perkara ini tidak akan mampu menggugat keberanian dan keteguhan pendirian dalam mencabar serta mendedahkan semua penipuan atau ketakutan mereka terhadap rakyat.

PKR katanya, amat beruntung kerana dikurniakan rakan sekutu seperti DAP dan AMANAH yang sentiasa setia bersama mereka, serta tidak mudah terpengaruh dengan cubaan keji dunia politik. - Getaran, 8 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi