web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Golongan Agamawan Mampu Lahirkan Generasi Pemikir Dalam PKR - Anwar Ibrahim

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 4:34PM

Anwar Ibrahim mengadakan sidang media sempena kemasukan 15 individu yang berlatar belakang agama ke dalam PKR, di Port Dickson, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Penyertaan golongan agamawan dalam PKR diyakini mampu melahirkan golongan pemikir yang berupaya mencambah pengisian baharu untuk parti berkenaan.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu membawa pengertian tersendiri yang selaras dengan pendirian parti selama ini.

Menurut beliau, usaha mengumpulkan agamawan itu bukan sahaja menjurus kepada objektif melahirkan lebih ramai pendakwah, tetapi membentuk teras kefahaman dalam Islam, berasaskan keimanan dan akhlak.

“Tidak dapat disangkal lagi bahawa iman dan akhlak adalah yang terpenting dalam kehidupan seharian.

“Kita amat mengalukan semua yang positif, apatah lagi apabila ada minat golongan lama dan cendekiawan agama, termasuk mantan PAS, mantan hakim, guru atau pensyarah,” katanya hari ini.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media sempena kemasukan 15 individu yang berlatar belakang agama ke dalam parti itu.

Antara yang mengesahkan penyertaan mereka adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Razaly Hassan, mantan Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, Datuk Baharum Hasbullah, Felo Penyelidik Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shamsul Azhar Yahya dan bekas pensyarah, Azis Jakfar Soraji.

Kumpulan ini menjadi yang terbaru mengesahkan penyertaan masing-masing secara rasmi ke dalam PKR, selepas dua personaliti hiburan, Datuk Afdlin Shauki Aksan dan Altimet, baru-baru ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menarik perhatian, Islam bukan sekadar agama rasmi negara, tetapi pembimbing ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Saya percaya penyertaan mereka bukan sekadar retorik politik tetapi kehendak yang timbul dari nurani masing-masing,” katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu memberitahu, beliau optimis PKR akan menerima lebih banyak penyertaan ini, membabitkan individu dari pelbagai latar belakang dan disiplin.

“Percayalah (penyertaan) ini bukan yang terakhir dan akan ada lebih ramai (menyertai) selepas ini,” katanya.

Turut menyertai sidang akhbar itu adalah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Pengerusi PKR negeri dan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Anwar pada sidang berkenaan turut melancarkan biografi Syeikh Yusul Al Qaradhawi terbitan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), yang menghimpunkan semua karya ulama besar berkenaan. - Getaran, 12 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka