web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sah! Anwar Ibrahim Bertanding Di Tambun

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 6:36AM

Anwar Ibrahim - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Desas-desus kononnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri  Anwar Ibrahim bakal bertanding di Perak akhirnya terjawab malam tadi.

Dalam ucapan di Konvesyen PH malam tadi, Anwar mengesahkan akan bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), mencabar penyandang yang juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, jika Timbalan Presiden BERSATU itu dikekalkan di sana.

Kerusi Tambun dimenangi Ahmad Faizal pada PRU-14, selepas mendahului pertandingan tiga penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS menerusi majoriti 5,320 undi.

Pada ketika itu, Ahmad Faizal atau Peja bertanding di bawah panji PH dengan menggunakan logo PKR.

Dengan pengesahan dibuat Anwar, ini bermakna Presiden PKR itu akan meninggalkan kerusi Parlimen Port Dickson, yang dimenanginya pada Oktober 2018 menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK), selepas meraih majoriti 23,560.

Dalam ucapannya Anwar berkata, keputusan bertanding di Tambun didorong oleh hasrat mahu menjadikan Perak barisan hadapan bagi PH.

Mahu Perak mengekori jejak Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, beliau mengakui belajar daripada pengalaman veteran DAP, Lim Kit Siang yang berhasil meraih kemenangan di setiap kawasan ditandingi.

“Saya bukan pilih kawasan yang mudah atau menjanjikan majoriti besar. Saya ketuai, saya mengepalai dan berani tawan Tambun dalam pilihan raya akan datang.

“Saya mahu rakan di Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor melihat keyakinan kita,” katanya yang disambut sorakan gemuruh lebih 7,000 perwakilan PH. 

Menurut beliau, Perak akan menjadi pemangkin untuk PH menawan Putrajaya, justeru pembaharuan ekonomi akan dibuat sekiranya gabungan tersebut berjaya mentadbir kerajaan pada penggal akan datang.

“Saya tahu laluan ini amat sukar dan saya akui, Perak bukan gelanggang yang biasa untuk kita. Tapi saya yakin (PH) akan menang di Tambun dan Perak!” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Konvesyen PH, Nga Kor Ming berkata, kehadiran Anwar di Perak adalah peluang keemasan untuk blok tersebut meraih kejayaan bermakna.

“Perak ramai pemimpin berjaya tapi masih belum ada Perdana Menteri (PM) dari sini. Inilah peluang kita,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, gabungan berkenaan sebulat suara mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri jika PH berjaya memenangi PRU-15. - Getaran, 21 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka