web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bertanding Di Tambun Kerana Yakin Berupaya Catat Kemenangan - Anwar 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 7:13PM

Anwar Ibrahim - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perpindahan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke parlimen baharu iaitu Tambun adalah didorong oleh keyakinan untuk meneruskan kemenangan, seperti yang diraih pada dua kerusi sebelum ini.

Menurut Anwar, keputusan berkenaan dibuat selepas membuat kajian terperinci melibatkan demografi kawasan, termasuk latar belakang pengundi.

Katanya, beliau telah meninggalkan dua kerusi yang sedia kukuh, termasuk Parlimen Port Dickson yang dimenangi menerusi Pilihan Raya Kecil ( PRK) pada 13 Oktober 2018.

“Permatang Pauh sudah sudah kukuh dan saya juga telah beri banyak perhatian sejak beberapa tahun kebelakangan.

“Saya hendah kukuhkan dan harus tawan kawasan baharu untuk memenangi negara,” katanya dalam rakaman kepads media

Anwar sebelum ini ketika berucap di Konvesyen PH di Ipoh, Perak mengesahkan akan bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Tambun, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November depan.

Beliau bakal dicabar penyandang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden BERSATU

PKR pada pengumuman semalam menampilkan 72 calon, termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang bakal menentang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, iaitu antara penggerak utama Langkah Sheraton beberapa tahun lalu.

Anwar yang juga Presiden PKR didakwa sedang mendahului di Tambun, berdasarkan tinjauan dan semakan dilakukan.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, semua semakan dan tinjauan tersebut dilakukan sendiri parti berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Anwar ketika mengulas kenyataan dibuat Tian Chua berkata, muka baharu termasuk golongan muda perlu diberi peluang bertanding memandangkan mereka adalah pemimpin pelapis yang bakal mengemudi negara satu hari nanti.

Jelas beliau, perjuangan parti tidak seharusnya bersandarkan kepada pilihan raya semata-mata, kerana sokongan pemimpin lama amat diperlukan dalam membimbing generasi muda.

Tian Chua yang juga bekas Naib Presiden PKR hari ini dipetik sebagai berkata, ramai pihak kecewa dengan pemilihan beberapa calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau yang turut digugurkan berkata, senarai calon sepatutnya lebih inklusif bagi mencerminkan kepelbagaian di dalam parti. - Getaran, 29 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'