web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhyiddin Pengkhianat Sebenar, Tetap Angkuh Mahu Bergelar PM - Tun M

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 10:43AM

Tun Mahathir Mohamad - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa sebagai pengkhianat sebenar yang mencetuskan segala kucar kacir dalam negara.

Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Presiden BERSATU itu cuba menafikan hakikat tersebut namun realitinya, ia adalah kenyataan yang perlu diterima.

Menurut beliau, Muhyiddin dengan jelas mengatur gerak Langkah Sheraton, hingga membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibina selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Tan Sri Muhyiddin (Yassin) cuba menafi dia pengkhianat yang terlibat dengan Langkah Sheraton dan cuba kaitkan saya.

“Minggu lalu, (Tan Sri Abdul) Haji Hadi Awang yang sekarang bersama Muhyiddin di dalam PN mengaku dia yang gerak Langkah Sheraton bersama Muhyiddin. Setelah itu dia calon Muhyiddin jadi PM (Perdana Menteri),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Ahli Parlimen Langkawi itu, amat mudah sebenarnya untuk mengenal pasti ciri-ciri seorang pengkhianat.

“Sebenarnya amat mudah nak pastikan siapa pengkhianat. Ada satu ungkapan bahasa Latin cui bono, yang bermakna siapa yang mendapat keuntungan dari sesuatu keadaan.

“Siapa yang jadi Perdana Menteri pintu belakang atau tebuk atap? Bukan saya tapi Muhyiddin,” katanya, sinis.

Dr Mahathir berkata, beliau dipecat sebagai Pengerusi BERSATU oleh Muhyiddin, yang kemudian terus mengambil tindakan sama ke atas beberapa pemimpin lain parti itu, kerana tidak bersetuju dengab Langkah Sheraton.

“Siapa yang selepas itu takut hilang jawatan PM hingga sekat Parlimen bersidang? Bukankah Muhyiddin juga PM yang minta isytihar darurat supaya Parlimen tidak dapat bersidang?

“Muhyiddin tidak malu, walau perisytiharan darurat yang dimintanya ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong, dan sanggup minta perisytiharan sekali lagi demi dapat kekal jawatan,” dakwanya.

Mantan Perdana Menteri itu mendakwa, Muhyiddin turut mengusahakan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dilakukan ketika negara berada di kemuncak penularan COVID-19.

“Selepas PRN, kes naik mendadak dan ramai yang mati akibatnya.

Muhyiddin juga tuduh saya setuju dia jadi PM. Tapi dia tak cerita soalan saya kepadanya, sanggupkah dia jadi PM dengan sokongan kleptokrat.

“Dia jawab sanggup dan dengan angkuh berkata, dia tahu macam mana nak tangani kerana dia ada pengalaman politik lebih 40 tahun,” katanya.

Dr Mahathir memberitahu, Ahli Parlimen Pagoh tersebut bagaimanapun menerima balasan apabila kerajaan pimpinannya tumbang selepas 17 bulan, ekoran dikhianati Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN), yang sebelum itu memusnahkan kepercayaan rakyat dengan menubuhkan kerajaan pintu belakang.

“Dalam pada itu, beberapa negeri yang dipimpin oleh BERSATU telah jatuh ke tangan UMNO dan dibiarkan oleh Muhyiddin asalkan dia kekal jadi PM. Pasti ada yang tanya kalau itulah perangai Muhyiddin, kenapa saya sebelum ini sanggup cadang kerjasama PEJUANG/GTA bersama PN untuk pilihan raya ke-15.

“Saya cuba bersangka baik bahawa setelah dijatuh dan dihina oleh UMNO, dia taubat atau merasa kesal dengan perbuatannya,” katanya.

Dr Mahathir memberitahu, beliau tidak  kisah dengan pengkhianatan dilakukan Muhyiddin kerana menyangkakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu cuba menebus kesalahan dilakukan terhadap BERSATU selama ini, sehingga menyebabkan mereka kehilangan beberapa negeri.

“Dia khianat kepada saya tidak mengapa. Saya sangka dia akan cuba tebus khianatnya kepada parti BERSATU sehingga hilang beberapa negeri, dan kepada rakyat keseluruhan.

“Rupanya dia tetap angkuh dan hanya mahu menjadi PM,” katanya, kesal. - Getaran, 1 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini