web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fokus Isu Pokok, Pastikan Masalah Rakyat Diselesaikan Segera - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 12:20PM

Muhyiddin Yassin - Gambar Facebook Muhyiddin Yassin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tumpuan penuh akan diberikan kepada menyelesaikan perkara pokok yang menyentuh aspek kehidupan rakyat, sekiranya Perikatan Nasional (PN) kembali diberi mandat mentadbir negara. 

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perincian tersebut adalah agenda utama PN, dalam mendepani permasalahan harian penduduk, yang majoritinya dibelenggu kemelut kewangan tidak berkesudahan.

Menurut beliau, pihak yang mentadbir kerajaan perlu memiliki kesedaran dan tanggungjawab untuk menyelesaikan semua permasalahan ditanggung rakyat pada kadar segera.

“Mesti ada sense of urgency dalam memastikan masalah mereka dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jelas Muhyiddin, nasib rakyat akan bertambah sukar jika kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak cakna mengenai nasib mereka, khususnya dalam keadaan negara masih berdepan ancaman COVID-19.

“Manifesto PN menjadikan tiga perkara pokok sebagai agenda utama iaitu Prihatin, Bersih, Stabil (PNBEST). 

“Prihatin cukup sinonim dengan kerajaan PN kerana kita memang menitik-beratkan masalah rakyat dan cara hendak meringankan beban mereka,” katanya.

Gambar ihsan Facebook Muhyiddin Yassin
Gambar ihsan Facebook Muhyiddin Yassin

Jelas penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu, Bersih pula memastikan semua calon gabungan berkenaan bebas rasuah dan bersumpah untuk tidak menyalah guna kuasa atau mengambil duit rakyat.

“Hanya dengan kerajaan yang prihatin dan bersih, kestabilan negara dapat dikecapi. 

“Justeru, pesanan saya, janganlah hanya menggunakan hak sebagai pemilih untuk mengundi begitu sahaja, tetapi laksanakannya dengan penuh bertanggungjawab bagi memilih pemimpin dan kerajaan yang baik dan amanah,” katanya.

Beliau terdahulu menghadiri Jelajah Prihatin Parlimen Sungai Besar P.093 di Dataran Desa Permai, Sungai Besar, Selangor.

Pertemuan tersebut jelasnya, amat penting untuk memberi maklumat tentang situasi negara yang kritikal dalam menghadapi PRU-15 tidak lama lagi.

“Kita hendak membentuk sebuah kerajaan yang baik, beramanah, bertanggungjawab, prihatin tentang nasib rakyat, yang tahu denyut dan nadi rakyat. Mampukah PN membentuk kerajaan selepas 19 November ini?

“Moga kita mampu kerana jika berjaya, kita akan dapat meneruskan kerja-kerja mengurus hal rakyat yang belum selesai, sewaktu 17 bulan pemerintahan PN, ketika saya menjadi Perdana Menteri,” katanya. - Getaran, 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'