web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hanya Pemimpin Lembik Takut Dengan Cina – Anwar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 8:57PM

Kenyataan diberikan Anwar Ibrahim itu dipercayai merujuk kepada dakwaan kononnya jalinan politik pembangkang bersandarkan kepada budaya membodek dan ‘menyembah’ DAP - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hanya pemimpin yang lembik akan merasa terancam atau takut dengan kehadiran kaum Cina.

Atas faktor ini, pemimpin Melayu yang lemah akan memainkan isu perkauman untuk menutup kekurangan mereka, malah cenderung menyalahtafsir Islam demi kepentingan politik.

Kesimpulan ini disampaikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut berkata, pimpinan jika lembik, akan mudah merasa seolah mereka diintimidasi pihak atau kaum lain.

“Kena ada pimpinan tegas dan berani. Kalau pimpinan lembik, dia takut dengan Cina.

“Kalau tegas, pilih Cina yang bersih, yang anti rasuah. Pilih Cina yang faham situasi di Malaysia, yang terima Perlembagaan dan tentunya cerdik,” katanya, seakan menyindir pihak tertentu.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap pada majlis pertemuan bersama kepemimpinan PH Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.

Kenyataan diberikan Anwar itu dipercayai merujuk kepada dakwaan kononnya jalinan politik pembangkang bersandarkan kepada budaya membodek dan ‘menyembah’ DAP.

Presiden PKR tersebut berkata, beliau tidak pernah mempunyai masalah untuk menjalinkan kerjasama dengan bangsa lain asalkan ia berpaksikan kepada kebenaran.

“Saya tak ada masalah. Kalau letak Melayu yang bodoh, kalahlah dengan Cina yang cerdik.

“Kalau kita ambil Cina, (ambil) yang bersih dan cerdik. Kalau letak Melayu, (letak) Melayu yang cerdik dan bersih. Kalau letak Melayu yang cerdik dan bersih, Sabah, Sarawak, India kita boleh pimpin,” katanya.

Anwar yang juga calon Perdana Menteri PH itu berkata, keutamaan gabungan berkenaan adalah memastikan rasuah dan segala bentuk penipuan dilakukan kerajaan terdahulu dihentikan.

“Itu saya tak boleh bertolak ansur. Jadi saya harap selain tata kelola negara yang baik, yang penting adalah kehidupan rakyat.

“Kita seronok dengar (laungan) hidup Melayu, Allahuakbar, tapi hidup Melayu teruk sekarang ini,” katanya.

Beliau menarik perhatian, 70 peratus kategori B40 terdiri daripada kaum Melayu, dan ia adalah bukti bahawa pentadbiran yang ada ketika ini tidak mampu mengubah kedudukan berkenaan.

“Masa depan tak terjamin dengan puak yang perintah sekarang ni. Saya kalau Allah takdirkan bersama saudara Mat (Mohamad Sabu), Anthony Loke perintah (kerajaan), 20 haribulan Insya Allah, kalau dapat sokongan kita angkat sumpah (membentuk kerajaan).

“Kita nak betulkan perkara itu. Masalah dia bukan Melayu, Cina, India. Pimpinan mesti bersih, tolak rasuah dan jaga rakyat,” katanya dengan disambut sorakan penyokong yang hadir.

Jelas Anwar, perhatian dan layanan sama rata perlu diberikan kepada semua kaum, bagi memastikan tiada pihak merasa terpinggir dan dianaktirikan.

“Majoriti Melayu kena jaga. Cina mesti rasa dia sebahagian warganegara yang dihormati di negara ini. India pun begitu. Ada tempat bagi subur, tak payah hina orang lain.

“Islam itu tak tinggi kerana menghina orang lain. Islam itu tinggi kerana contoh qudwah hasanah, contoh yang baik,” katanya. – Getaran, 11 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi