web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


#PRU15: Mesej Berpaksikan Melayu, Anti-Rasuah Bantu PN Pikat Hati Pengundi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 10:42AM

Muhyiddin Yassin konsisten dalam mesejnya yang berpaksikan Melayu dan anti-rasuah. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemenangan luar jangka Perikatan Nasional (PN) di puluhan kerusi Parlimen mungkin menarik perhatian ramai, tetapi pemerhati menegaskan situasi itu tidak mengejutkan kerana gabungan tersebut konsisten dalam mesejnya yang berpaksikan Melayu dan anti-rasuah.

Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), PN sentiasa mempromosikan dirinya sebagai gabungan "paling bersih" kerana tiada seorang pun calonnya yang terpalit pertuduhan rasuah di mahkamah.

Katanya, moto kempen PN iaitu “Prihatin, Bersih, dan Stabil” (“Perhatian, Bersih, dan Stabil”) terbukti berkesan dalam kalangan pengundi yang mengundi gabungan itu.

"Semasa ceramah mereka, PN akan fokus menjadi 'bersih' dengan mengatakan BN korup dan undi untuk BN adalah undi untuk (presidennya Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri.

“Pada masa sama, PN menegaskan bahawa undi untuk Pakatan Harapan (PH) bermakna sokongan kepada DAP merujuk kepada tuduhan rasuah dihadapi (pengerusinya) Lim Guan Eng, yang terlibat dalam kes terowong dan banglo (Pulau Pinang),” katanya yang mengikuti kempen gabungan itu kepada The Vibes.

Tambahan pula, Azmil berkata, parti komponen PN iaitu PAS dapat mengukuhkan kedudukannya di Parlimen, terutama di Kelantan, dengan memerintah selama 32 tahun di negeri pantai timur itu.

Menariknya, beliau berkata, PAS adalah sebuah parti yang bijak menggunakan media sosial, mengambil kesempatan daripada platform baharu seperti TikTok yang banyak membantu parti itu mendekati pengundi muda.

"Jika anda tidak mengetengahkan calon di TikTok, anda akan kehilangan undi belia.

“Rakyat cenderung memandang rendah PAS terutama di kawasan bandar yang melihat mereka sebagai parti mundur dan terdiri daripada fanatik agama, tetapi ia sebenarnya sebuah parti yang mempunyai jentera yang dikendalikan dengan baik dan gerakan akar umbi kuat serta mudah digerakkan,” katanya.

Azmil juga merujuk kepada kekalahan mengejut Nurul Izzah Anwar dari PH yang gagal mempertahankan kerusinya di Permatang Pauh apabila tewas di tangan calon PAS, Muhammad Fawwaz Mat Jan, seorang ustaz yang popular di TikTok dan berjaya menarik pengundi muda.

Bagaimanapun, beliau memberitahu terdapat beberapa faktor lain menyebabkan kekalahan Nurul Izzah kerana beberapa pengundi memberitahu beliau jarang kelihatan di kawasan itu pada penggal sebelumnya.

“Sesetengah penduduk Permatang Pauh mengatakan bahawa Nurul Izzah tidak mengambil berat tentang kawasan itu kerana beliau banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur dan jarang kelihatan.

"Terutama untuk pengundi Melayu, adalah penting untuk mempunyai sentuhan peribadi,” katanya.

Selepas kemenangan mengejut 73 kerusi Parlimen, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa gabungannya menerima surat daripada Istana Negara dengan arahan daripada Yang di-Pertuan Agong, sambil menambah pemimpin gabungan itu akan mengadakan mesyuarat dan memuktamadkan keputusan, selewat-lewatnya petang ini .

Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh untuk penggal keenam dengan majoriti 10,007 undi.

PAS juga berjaya menyapu bersih kesemua 14 dan lapan kerusi Parlimen masing-masing di Kelantan dan Terengganu, selain memenangi ketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis bersama BERSATU.

Ketika artikel ini ditulis, PN bersaing sengit dengan PH kerana kedua-dua pakatan itu memperoleh lebih 70 kerusi setiap parti, sekali gus mengetepikan BN.

Bagaimanapun, tiada satu gabungan yang berjaya memperoleh majoriti mudah 112 kerusi daripada keseluruhan 222 kawasan parlimen.

Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun turut bersetuju dengan cadangan bahawa PN dan PAS adalah "pemenang terbesar" pada PRU-15.

Beliau memberitahu The Vibes bahawa keputusan itu menunjukkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berpeluang menjadi Perdana Menteri.

Ei Sun juga mengaitkan kemenangan PN pada PRU-15 dengan dilema dihadapi oleh majoriti Melayu, terutama di kawasan luar bandar.

“Ya, (ia) nampaknya ada kemungkinan Hadi menjadi Perdana Menteri.

“Orang Melayu konservatif telah menyuarakan sentimen bahawa UMNO dan BN tidak boleh diperbaiki, tetapi mereka masih tidak mahu menyokong PH, jadi mereka menyokong PN,” katanya.

Sebelum pengumuman keputusan PRU-15, pemerhati Parlimen Ong Ooi Heng mencadangkan konvensyen Westminster itu mengutamakan pakatan yang memenangi kerusi terbanyak perlu membentuk kerajaan apabila tiada gabungan menang dengan majoriti mudah.

Bagaimanapun, Ooi Heng berkata, gabungan itu perlu diberi masa yang mencukupi untuk berbincang mengenai pembentukan kerajaan perpaduan, dan tempoh dua minggu sudah memadai.

“Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan untuk dimainkan (dalam hal ini) sebagai Raja berperlembagaan. Jika Raja boleh meluluskan konvensyen sedemikian, maka itu bagus untuk pembangunan jangka panjang demokrasi di Malaysia.

“Pakatan yang memperoleh majoriti kerusi mendapat mandat rakyat melalui proses pengundian dan sebab itu keutamaan (untuk membentuk kerajaan) harus diberikan kepada mereka.

“Tetapi lazimnya, peranan Raja hanya datang selepas gabungan politik diberi masa yang cukup (untuk mengumpulkan bilangan dan) membentuk kerajaan.” – The Vibes, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

2

Semasa 4 hari yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

3

Politik 5 hari yang lalu

Pertarungan Rebut Kerusi DUN Sungai Bakap Bermula Esok

4

Politik 2 minggu yang lalu

Cabaran Besar Buat PN Untuk Pertahan Sungai Bakap - Sanusi

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Semasa 1 hari yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri