web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Masih Jadi Pilihan Rakyat Malaysia 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 1:18PM

Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut menzahirkan penghargaan kepada pemimpin serta jentera PN yang bersungguh-sungguh menjadikan gabungan tersebut pilihan rakyat pada PRU-15 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sokongan luar biasa rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) membuktikan aspirasi perjuangan, jenama dan hala tuju gabungan itu diterima baik rakyat Malaysia, terutama anak muda.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya percaya bahawa penyokong serta jentera gabungan tersebut akan terus istiqamah, berpegang teguh kepada asas perjuangan demi masa hadapan Malaysia yang lebih baik.

Menurut beliau, semua pihak perlu bergerak ke hadapan dengan hati yang cekal dan ikhlas demi meneruskan perjuangan melalui wadah PN walau apa pun rintangan dan cabaran yang dihadapi ketika pasca PRU-15.

"Pimpinan Tertinggi PN mendoakan kesejahteraan semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dukungan kepada gabungan kita. 

"Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati perjuangan kita semua," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menzahirkan penghargaan kepada pemimpin serta jentera PN yang bersungguh-sungguh menjadikan gabungan tersebut pilihan rakyat pada PRU-15. 

"Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan khususnya kepada petugas serta jentera PN di seluruh negara yang bertungkus-lumus bekerja keras bagi menentukan kemenangan di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti.

"Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan pimpinan tertinggi merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi dan memberikan sokongan kepada PN pada PRU-15," katanya. 

PRU-15 menyaksikan tiada gabungan politik dapat membentuk kerajaan apabila Pakatan Harapan (PH) menang 82 kerusi Parlimen manakala PN berjaya meraih 73 kerusi. 

Barisan Nasional (BN) pula hanya menang 30 kerusi Parlimen, Gabungan Parti Sarawak (GPS) 22 kerusi, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) enam, Parti Warisan Sabah (Warisan) tiga dan calon Bebas, dua kerusi.

Sementara itu, Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing mendapat satu kerusi di Parlimen selepas SPR mengumumkan keputusan terbaharu melibatkan Parlimen Kota Marudu. 

Keangkuhan PN untuk tidak menerima cadangan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan disebabkan prinsip untuk tidak bersama DAP telah merealisasikan impian Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Anwar pada sidang medianya selepas dilantik Perdana Menteri memaklumkan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk sudah melibatkan penyertaan tiga komponen utama setakat ini. 

Presiden PKR itu berkata, ketiga-tiga gabungan itu membabitkan PH, BN dan GPS.

Terbaharu, Anwar mengesahkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyertai kerajaan pimpinannya.

Dengan penyertaan GRS, ini bermakna kerajaan pimpinan Anwar sudah mencecah dua pertiga wakil rakyat. - Getaran, 25 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bekas Setiausaha Politik Didakwa Lagi, Tuduhan Rasuah Berkaitan Tender PDRM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Terima Rasuah RM350,000, Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainuddin Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kediaman Diserbu, Hamzah Ambil Tindakan Undang-Undang

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Anggap Orang Miskin Boleh Diupah Buat Demonstrasi Satu Penghinaan - Hamzah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 57 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula