web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ramai Koyak Saya Buat ‘Posting’, Asyraf Wajdi Terima Kecaman Netizen

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 4:22PM

Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang kononnya mahu memalukan penyokong Perikatan Nasional (PN) kerana mengkritiknya di ruangan komen media sosial nampaknya ‘memakan’ dirinya kembali.

Beliau kini berdepan kecaman ramai di Facebook, apabila cuba mengkritik tindakan penyokong PN yang sering mempersoal tindakan atau kenyataan dibuatnya.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) itu sebelum ini cuba mewujudkan provokasi, apabila mendakwa netizen khususnya penyokong PAS dan BERSATU koyak dan tidak menerima dengan terbuka segala kenyataan dibuat.

“Wah, saya perhatikan kenapa ramai cybertrooper dan penyokong PAS dan PPBM yang koyak setiap kali saya buat posting. Bermacam tuduhan pada saya kononnya nak masuk dalam Kabinet. Jangan risau saya tidak lagi layak kerana tempoh Senator telah berakhir.

“Cuma janganlah koyak teruk sampai meroyan dan tuduh saya. Insya Allah, saya tidak terkesan dengan cacian dan makian kerana saya orang perjuangan. Kalah menang itu hak mutlak Allah. Perjuangan akan tetap diteruskan,” katanya di ruangan komen pada hantaran berhubung kronologi pembentukan kerajaan perpaduan hari ini.

Sementara itu, majoriti netizen seolah bengang dengan tindakan bekas calon Ahli Parlimen Gerik itu yang mempamerkan sikap tidak matang dan angkuh dalam bermain kata.

“Bukan koyaklah Datuk, kamu bertanding pun kalah tapi bercakap macam menang besar pula gayanya. Memang Datuk tidak terkesan dengan apa netizen cakap sebab kulit Datuk dah lain macam.

“Namun, ingat doa dari netizen ini ye sebab orang tua kami penyokong kuat BN, dari dulu pemimpin UMNO buat fitnah jelas iaitu DAP itu parti rasis tapi akhirnya boleh sekatil dan sebatal,” kata Samsul Bahri.

“Sebenarnya bukan penyokong PAS dan BERSATU meroyan tetapi kami orang Melayu, pengundi dan penyokong UMNO yang terlalu kecewa dan tertipu dengan parti. Andai kata kami tahu ada komplot BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pasti kami tidak akan sesekali undi BN.

“Insya Allah, kini PN sahajalah yang menjadi platform bergantung adu nasib bangsa Melayu dan Islam dalam arena politik untuk masa-masa mendatang,” kat pula Tok Jebat di Facebook.

“Langgar prinsip perjuangan UMNO, keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) serta melanggar sumpah laknat serta undi yang diberikan. Adakah lagi hatta sekelumit rasa bersalah dan malu kepada ahli yang memberikan mandat sebelum PRU-15,” kata Mohd Noh Nasira.

“Akar umbi berpegang pada PAU dari dulu hingga Presiden sekarang namun kedua-dua ini tiada prinsip perjuangan dan sanggup menggadaikan maruah UMNO bersama DAP serta PH. Kita memilih untuk mereka letak jawatan.

“Ini kerana kami mahukan Presiden UMNO dan Ketua Pemuda yang konsisten dalam prinsip dan tidak menggadai maruah parti. Biar kalah sekali pun akar umbi tidak marah janji tidak memilih untuk duduk bersama DAP dan Anwar,” luah pula Eizat. - Getaran, 30 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 9 bulan yang lalu

UMNO Anjur Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Mulai Januari

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Tiada Guna Terus Serang Satu Sama Lain, Tembak Kaki Sendiri’

3

Politik 1 tahun yang lalu

MKT UMNO Mohon Agong Pertimbang Pengampunan Penuh Terhadap Najib

4

Semasa 1 tahun yang lalu

MRSM Berbayar Tidak Sekali-Kali Ambil Hak B40 - ANSARA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 55 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan