web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelantikan Ahmad Zahid Ke Kabinet Mampu Lemahkan Kerajaan, Jadi ‘Senjata Politik’ Lawan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 10:38AM

Zahid akan menjadi ‘parasit’ kepada Kerajaan Perpaduan, sehingga mampu mewujudkan pelbagai persepsi negatif terhadap pentadbiran Anwar. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus memainkan peranan dalam menolak segala dakwaan buruk terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, jika masih mahu memasukkan nama Ahli Parlimen Bagan Datuk itu ke dalam senarai Kabinet.

Menurut penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil, sekiranya Anwar ‘gagal’ melakukan perkara itu, pelantikan terbabit akan menjadi ‘senjata politik’ kepada Perikatan Nasional (PN) untuk mencetuskan isu dan menyerang kerajaan.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

Katanya, penyertaan Presiden UMNO itu akan menjadi ‘parasit’ kepada Kerajaan Perpaduan, sehingga mampu mewujudkan pelbagai persepsi negatif terhadap pentadbiran Anwar.

“PH tidak bermasalah, namun ia akan mencemarkan imej parti itu dan Anwar, sekiranya Ahmad Zahid dilantik dalam Kabinet.

“Ia akan menjadi ‘parasit’ yang melemahkan gabungan itu dan BN sendiri, di samping beliau (Ahmad Zahid) masih ada (perbicaraan) kes mahkamah.

“Pentadbiran Kerajaan Perpaduan akan lebih parah dan tidak stabil berbanding pemerintahan sebelum ini, sekiranya Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Jamaie berkata, perkara itu jelas melanggar laungan agenda reformasi dimainkan Perdana Menteri, iaitu sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan rasuah dan penyelewengan.

“Lantikan beliau perlukan kecermatan dan ketelitian di pihak yang nak pertahankan hujah (Ahmad Zahid dilantik) kerana reformasi (PH) sudah jelas menyatakan menolak segala kebobrokan, keruntuhan serta perkara buruk di dalam aspek moral dan sebagainya,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau yang juga Pensyarah Kanan Program Sains Politik UKM berkata, Ahmad Zahid seharusnya tidak bersikap sombong dan sepatutnya terbuka untuk mengakui kelemahan di atas kegagalan strateginya dalam memilih calon BN, sehingga menyaksikan gabungan berkenaan kalah teruk dengan hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“(Sebahagian) pemimpin UMNO tidak berpuas hati dengan strategi diaturnya ketika penamaan calon, walaupun beliau mungkin memainkan peranan penting dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan serta mengajak Sabah dan Sarawak (turut serta).

“Justeru, itu sebab ada resolusi diambil untuk mewajarkan beliau sebagai seorang daripada anggota Kabinet.

“Namun, politik negara kita ini akan sentiasa bersifat dinamik di mana pelantikan (Ahmad Zahid) adalah peluru yang akan digunakan pembangkang sebagai isu utama untuk melawan serta melemahkan kerajaan sedia ada,” katanya.

Manakala, penganalisis politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berpandangan, seharusnya barisan pemimpin berkaliber, bersih dan berilmu tinggi dalam bidang diletakkan nanti, dilantik menyertai  barisan Kabinet, bukannya individu yang ditolak rakyat disebabkan isu peribadi.

Dr Hussain Yusri Zawawi
Dr Hussain Yusri Zawawi

Jelasnya, terdapat keperluan penyusunan Kabinet mantap dianggotai pemimpin paling layak dilakukan, agar ia memberi keyakinan kepada pelbagai pihak, khususnya pelabur.

Memandangkan rakyat sudah menolak UMNO berikutan isu integriti, tegasnya, mengapa pemimpin bermasalah daripada parti itu masih mahu dilantik kerana ia akan membuktikan tiada apa-apa perubahan dilakukan.

“Anwar kena berani tunjukkan beliau betul-betul mahu pulihkan negara, kalau tidak ia akan mencetuskan kekecewaan dalam kalangan rakyat.

“Ekonomi akan terjejas dengan pelantikan Ahmad Zahid, khususnya jika dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri yang pasti menjadi persoalan dalam kalangan pelabur.

“Saya mengharapkan Anwar bertegas, jangan kerana rundingan politik dan silap orang lain, akhirnya mengundang ketidakpercayaan masyarakat,” katanya.

Mengulas lanjut, Hussain berkata, kerajaan Persekutuan diketuai PH yang bekerjasama dengan parti memiliki kerusi sedikit, tidak akan kekal lama, berikutan ia hanya pakatan tertentu antara ahli politik dan jelas mencipta sesuatu kepentingan kepada UMNO serta BN.

Beliau menjangkakan, pada PRU-16, PH dan UMNO tidak bersama kerana ditolak parti Melayu terbesar negara itu.

Ujarnya, ketika ini kerjasama mereka lebih kepada hanya untuk membentuk kerajaan, bukan berdasarkan persefahaman dengan gabungan itu atau DAP.

“Kalau Ahmad Zahid berjaya buktikan beliau bagus sekiranya dilantik, kemungkinan tiada masalah, namun bagaimana untuk dia menjawab persoalan terhadap pemerintahan 22 bulan lalu, khususnya berkaitan isu menyentuh hak keistimewaan orang Melayu dan sensitiviti agama, itu akan menjadi sukar.

“Sekiranya Anwar dan barisan Kabinet tidak menyentuh isu tersebut, tiada masalah untuk masa akan datang cuma (kerajaan perpaduan BN-PH) akan memberi masalah kepada UMNO,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, isu pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet baharu, seharusnya tidak dipersoal kerana ia adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri, seperti tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Rakyat sudah membuat pilihan dan tugas mereka selesai ketika PRU-15, kini beri kepercayaan kepada individu diberi mandat, iaitu Ahli Parlimen untuk menentukan kepimpinan tertinggi negara pasca Pilihan Raya Umum.

“Sekiranya ada sebarang perkara berbangkit mengenai isu berkenaan, rakyat boleh sekali lagi membuat perubahan itu pada PRU-16 nanti,” katanya. - Getaran, 2 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 2 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 8 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan