web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


GRS Umum Keluar BERSATU, Ambil Kira Nasihat Agong

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 10:43AM

Hajiji Noor - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil keputusan meninggalkan BERSATU, selepas mempertimbang keadaan dan landskap politik negara.

Ia serentak dengan tindakan barisan kepemimpinan BERSATU Sabah meninggalkan parti berkenaan. 

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu diputuskan setelah kerajaan negeri ditunjangi GRS-Barisan Nasional (BN) mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong.

“Hari ini, kita sebulat suara telah mengambil keputusan untuk keluar dan meninggalkan BERSATU.

“Kami membuat keputusan ini setelah mempertimbang keadaan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah. Kerajaan negeri yang ditunjangi GRS-BN juga telah mengambil kira nasihat Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong,” katanya hari ini.

Jelas Hajiji, keputusan sebulat suara ini adalah demi kepentingan Sabah, perpaduan dan memenuhi hasrat serta aspirasi rakyat untuk GRS terus berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan.

“Dengan keputusan ini, kami akan menggunakan GRS untuk menyuarakan kepentingan Sabah dan negeri Borneo di Malaysia.

“Kami yakin keputusan ini adalah yang terbaik untuk perpaduan dan kestabilan politik di Sabah,” katanya.

Beliau memberitahu, sebuah parti tempatan baharu bakal ditubuhkan selepas ini, namun buat sementara waktu, mereka akan bergerak secara kolektif sebagai ahli GRS.

“Kami berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada kerajaan perpaduan dan kami yakin dengan kepimpinan serta kebijaksanaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara.

“Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang dilaksanakan juga adalah untuk memastikan pemulihan ekonomi Sabah dan perpaduan dalam kalangan rakyat berterusan,” katanya.

Hajiji memberi jaminan, adalah menjadi komitmen GRS bersama Sarawak sebagai Blok Borneo untuk menyuarakan aspirasi rakyat dan melihat Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 dilaksanakan sepenuhnya.

“Keputusan kepimpinan BERSATU Sabah meninggalkan BERSATU adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo.

“Di peringkat Persekutuan, BERSATU adalah pembangkang manakala GRS telah berikrar menyokong kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau menarik perhatian, Sabah mahukan kestabilan politik dan perpaduan, justeru GRS komited memastikan momentum dalam pertumbuhan dan pembangunan negeri berkenaan.

“Kami mahu melihat Sabah makmur sejajar dengan mandat yang diberikan kepada kami dalam pilihan raya lalu.

“Kami mengucapkan setinggi terima kasih kepada Presiden BERSATU dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kepimpinan beliau sepanjang tempoh kami sebagai ahli BERSATU,” katanya. - Getaran, 10 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Politik 3 bulan yang lalu

BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

4

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah