web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tinggalkan BERSATU Demi Kepentingan Rakyat Sabah - Masidi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 3:43PM

Masidi Manjun berkata retorik perkauman atau agama yang ditimbulkan segelintir parti politik di Semenanjung, khususnya ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bertentangan dengan elemen kepelbagaian kaum serta agama dimiliki Sabah dan Sarawak - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meninggalkan BERSATU dibuat demi menjamin kepentingan seluruh rakyat negeri itu.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia juga dibuat demi memastikan Malaysia berada di tahap lebih baik selepas ini.

Menurut beliau, retorik perkauman atau agama yang ditimbulkan segelintir parti politik di Semenanjung, khususnya ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bertentangan dengan elemen kepelbagaian kaum serta agama dimiliki Sabah dan Sarawak.

“Ramai lupa dengan hakikat bahawa sejumlah besar rakyat Sabah dan Sarawak memiliki keluarga yang berpegang kepada pelbagai kepercayaan atau agama.

“Kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah contoh terbaik kerana ia membariskan pasukan pentadbir yang mewakili setiap rakyat, tetapi pada masa sama, tetap melindungi kedudukan Islam, Bumiputera, Sabah dan Sarawak,” katanya hari ini.

Masidi menyatakan demikian sebagai mengulas pengumuman dibuat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengenai pengunduran GRS daripada BERSATU.

Keputusan berkenaan bermakna barisan kepemimpinan BERSATU Sabah turut meninggalkan BERSATU Pusat, dan memberi laluan kepada pembentukan parti baharu tempatan, tidak lama lagi.

Masidi berkata, kepelbagaian kaum dan agama di Sabah membuatkan GRS sukar menerima apa yang diperjuang sebagai political Islam.

“Sebagai seorang Islam, saya berbangga dengan agama ini tetapi saya tidak fikir ada mana-mana parti boleh mendakwa mereka benar-benar mewakili Islam.

“Islam ialah agama universal yang inklusif serta menghormati semua agama dan budaya. Ia adalah agama kemanusiaan dan kasih sayang, termasuk ke atas hak golongan minoriti,” katanya.

Beliau menarik perhatian, rakyat Sabah yang berbilang agama dan etnik hidup dalam keadaan harmoni sejak berabad lalu, malah perkahwinan berbeza kaum juga adalah satu kebiasaan.

“Kami tidak menggunakan etnik atau agama sebagai tanda pengenalan. Kami adalah rakyat Sabah yang mahu melindungi kebudayaan dan warisan sosial daripada dirosakkan oleh orang luar,” tegasnya.

GRS jelas Masidi, akan menyokong mana-mana pemimpin yang mahu melindungi kehidupan cara Malaysia iaitu bersikap adil dan saksama kepada semua. 

“Atas dasar inilah kami sepakat berdiri teguh di belakang Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya. 

Hajiji yang juga Pengerusi GRS hari ini mengumumkan pengunduran gabungan tersebut daripada BERSATU, selepas mempertimbang keadaan dan landskap politik negara.

Katanya, perkara itu diputuskan setelah kerajaan negeri ditunjangi GRS - Barisan Nasional (BN) mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong. - Getaran, 10 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Politik 3 bulan yang lalu

BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka