web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Harus Laksana Perubahan, Jika Tidak….

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 12:05PM

Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti komponen kerajaan perpaduan diingatkan agar mengutamakan rakyat sekiranya mahu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal lebih sama.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, setiap parti komponen perlu bersama mempamerkan kemampuan agar peristiwa hitam yang melanda  kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak berulang kembali.

Menurut beliau, parti tidak sesekali tunduk atau akur kepada sebarang tuntutan yang akan menjejaskan kedudukan Islam, Melayu Bumiputera dan Institusi Raja Raja.

“Jauh sekali mahu terlentang di atas jalan raya menghalang kereta Sultan hanya kerana tidak mahu kerajaan sekutu mereka tumbang suatu masa dahulu. Itu bukan cara orang Melayu - UMNO.

“Kita bermusuh ada hadnya. Kita bersahabat pun berpada-pada (namun) jangan diulang gelojoh kerajaan 22 bulan yang akhirnya memakan diri dan menjauhkan sokongan majoriti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Pergerakan pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, terdapat hikmah hingga mendorong UMNO membentuk kerjasama politik baharu dalam sebuah gabungan parti politik mewakili pelbagai bangsa dan etnik, bukannya bersama gabungan yang dilihat hanya mewakili satu kaum semata-mata. 

“Sebab itulah kita tidak boleh menjadi jumud, dan menganggap sesebuah parti itu akan menjadi kawan atau lawan selamanya. Kita tidak boleh menjadi tegar dan menganggap permuafakatan politik sedia ada sudah sempurna tanpa mengambil kira realiti serta aspirasi rakyat di luar sana. 

“Kita tidak boleh menjadi kolot, dan menganggap segala strategi politik kita selama ini sudah hebat, sedangkan musuh lebih berani meneroka jalan bahkan menangguk di air keruh demi kuasa,” katanya.

Tegas beliau, Pemuda  UMNO perlu terus memainkan peranan bersama kerajaan perpaduan untuk memastikan rakyat mendapat pembelaan, kebajikan dipelihara, keluh kesah mereka didengari dan denyut nadi dijiwai oleh semua ahli parti.

Jelasnya, kerajaan perlu bersedia menghadapi kegawatan ekonomi dengan mengambil segala langkah untuk mengukuhkan keadaan fiskal negara dalam mengimbangi pendapatan perbelanjaan, selain mencari jalan menstrukturkan semula ekonomi negara melalui dasar yang berkesan. 

“Pemuda UMNO perlu memperhebatkan penghayatan agama, memperkukuh nilai-nilai bangsa serta mengidentifikasi diri sebagai pemuda yang mempunyai ketinggian ilmu, bersahsiah mulia serta mempunyai pesona kepimpinan yang berwibawa. 

“Kita juga perlu menjadi lebih produktif untuk bersaing di pentas politik, mempunyai daya juang, daya tahan yang tinggi, keberanian untuk mempertahankan prinsip dan ideologi, serta sentiasa kreatif menyerlahkan potensi diri,” katanya. - Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 9 bulan yang lalu

UMNO Anjur Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Mulai Januari

2

Politik 1 tahun yang lalu

PAU 2023 Pentas Terbaik Ahmad Zahid Rungkaikan Isu Sokong DAP

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Tiada Guna Terus Serang Satu Sama Lain, Tembak Kaki Sendiri’

4

Politik 1 tahun yang lalu

MKT UMNO Mohon Agong Pertimbang Pengampunan Penuh Terhadap Najib

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 7 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 13 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan