web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Debat Rafizi-Syahir Bakal Jadi Kenyataan, ‘Saya Ada Di Bachok’

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 8:24AM

Kata Syahir Sulaiman (kanan), beliau sedia menanti kedatangan Rafizi Ramli di Bachok - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Debat antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman diyakini akan menjadi kenyataan.

Meluahkan keyakinan itu, Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, personaliti Syahir sebagai seorang teknokrat pasti bersedia untuk menerima ‘pelawaan’ tersebut.

Katanya, surat jemputan telah dihantar kepada Penolong Setiausaha Agung PAS itu.

Rafizi Ramli menjemput Syahir Sulaiman untuk berdebat mewakili PN - gambar Facebook
Rafizi Ramli menjemput Syahir Sulaiman untuk berdebat mewakili PN - gambar Facebook

“Surat jemputan debat kepada Ahli Parlimen Bachok telah pun dihantar.

“Saya yakin beliau sebagai seorang teknokrat akan lebih berani daripada panglima besar PN (Perikatan Nasional),” katanya, seakan mencabar.

Jelas Ahli Parlimen Pandan itu, rakyat adalah pihak yang bakal meraih kemenangan jika berpeluang mendengar idea dikemukakan wakil mereka.

“Apabila rakyat dapat mendengar idea wakil-wakil rakyat, yang menang akhirnya rakyat,” katanya, ringkas.

Sementara itu, Mohd Syahir menerusi satu hantaran di Facebook dengan bersahaja menyatakan kesediaan untuk menerima jemputan terbabit.

“Patutlah batuk-batuk sejak semalam. Rupanya ada orang jauh sebut-sebut nama kita.

“Saya ada di Bachok ni. Kita tunggu lah surat itu sampai,” katanya yang turut meletakkan emoji senyum pada hantaran berkenaan.

Beliau turut mengakhiri hantaran itu dengan serangkap pantun yang dilihat mengandungi sedikit elemen sindiran.

“Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
JANJI yang baik dikenang juga,” katanya.

Rafizi mengeluarkan cabaran berdebat itu selepas dua ‘jemputan’ terdahulu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ditolak kedua-dua pemimpin berkenaan.

Beliau ketika ditemui media selepas Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat Sabtu lalu dipetik sebagai berkata, surat jemputan akan dihantar kepada Mohd Syahir berhubung perkara tersebut.

"Azmin sudah tolak, Sanusi sudah tolak, saya nak tengok sama ada Syahir yang diangkat sebagai tokoh nombor satu ekonomi dalam PN tampil ke hadapan dan sudah beri ruang (berdebat) sepenuhnya.

"Saya akan menulis secara rasmi (jemputan berdebat) dan tunggu dia nak jawab apa," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. — Getaran, 31 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

4

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 3 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan