web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Model Baharu Ekonomi Malaysia Jadi Topik Debat, Siar Secara Langsung Di RTM, Astro Awani 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 2:01PM

Debat antara Rafizi Ramli dan Mohd Syahir Che Sulaiman bakal bersiaran pada jam 9.30 malam, 9 Ogos nanti - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tajuk ‘Model Baharu Ekonomi Malaysia’ dipilih sebagai topik debat antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman. 

Rafizi menerusi ciapan di Twitter hari ini berkata, debat yang dijadualkan 9 Ogos itu diyakini berupaya membuatkan rakyat menilai secara terperinci perancangan dilakukan kerajaan. 

“Insya Allah, rakyat akan dapat menilai dan meneliti secara objektif rancangan dan hala tuju ekonomi yang akan dibentang dan didebatkan,” katanya. 

Debat antara Rafizi Ramli - Mohd Syahir Che Sulaiman akan disiarkan secara langsung menerusi RTM dan Astro Awani - gambar Twitter
Debat antara Rafizi Ramli - Mohd Syahir Che Sulaiman akan disiarkan secara langsung menerusi RTM dan Astro Awani - gambar Twitter

Jelas Ahli Parlimen Pandan itu, acara berkenaan akan disiarkan secara langsung pada jam 9.30 malam menerusi saluran RTM dan Astro Awani. 

“Debat juga boleh diikuti secara atas talian di RTM Klik dan aplikasi Astro GO. 

“Saya pohon sebarkan dan mengajak seluruh rakyat mengikuti sesi debat ini. Kita jumpa Rabu,” katanya. 

Sesi debat antara Rafizi dan Mohd Syahir menarik perhatian ramai apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan di media sosial. 

Ia bermula apabila Ahli Parlimen Bachok itu pada 31 Julai lalu menarik semula persetujuan selepas menyatakan kesediaan sehari sebelum. 

Dalam satu surat rasmi yang berlegar di media sosial, Mohd Syahir berkata, adalah lebih wajar untuk mereka menumpukan kepada usaha menyelesaikan permasalahan rakyat.  

Jelasnya, beliau amat menghargai undangan dan pengiktirafan diberikan, namun masa yang berbaki seharusnya digunakan untuk menyelesaikan segala tugasan.  

“Pada hemat saya, adalah lebih baik kita fokuskan masa dan tenaga yang berbaki ini untuk bekerja dan berkhidmat bagi menyelesaikan segala tugasan dan permasalahan yang menanti.  

“Justeru dalam hal ini, saya sependapat dengan kekanda saya, Datuk Seri Muhammad Sanusi (Md Nor),” katanya. 

Mohd Syahir bagaimanapun membuat pusingan U pada 1 Ogos lalu apabila kembali menyatakan persetujuan di Facebook. 

Menurut Rafizi, beliau dihubungi sendiri oleh Mohd Syahir setelah memperoleh keizinan daripada kepimpinan Perikatan Nasional (PN).  

“Saya telah dimaklumkan bahawa Saudara Syahir telah menerima semula jemputan saya untuk berdebat setelah mendapat keizinan pimpinan beliau.  

“Saya ucapkan terima kasih. Platform debat adalah peluang bagi parti-parti membentangkan idea dan tawaran kepada rakyat,” katanya. - Getaran, 7 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad