web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengumuman Penamatan Darurat Hina Majlis Raja-Raja - Anwar Ibrahim

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 3:16PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman penamatan Proklamasi Darurat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat merupakan satu penghinaan kepada Majlis Raja-Raja, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, keputusan sepenting itu seharusnya dibentangkan secara rasmi dan menerima perkenan Majlis Raja Raja, khususnya Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

“Saya percaya Perdana Menteri tentu bersetuju bahawa pengisytiharan dan pembatalan Ordinan Darurat adalah perkara yang serius dan tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya, apa lagi secara spontan.

“Keputusan seperti ini perlu dibentangkan untuk diperhalusi semua Ahli Parlimen, malangnya ia tidak berlaku,” katanya pada hari pertama Mesyuarat Khas, Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas (2021) di Parlimen di sini hari ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, Perkara 150 (3) mensyaratkan bawa sebarang Ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal 2B perlu dibentangkan di hadapan kedua kedua-dua Sidang Parlimen dan jika tidak dibatalkan terlebih dahulu, perlu dihentikan penguatkuasaannya apabila diluluskan kedua-dua sidang Dewan.

Pengumuman oleh Takiyuddin itu tegas beliau, adalah satu bentuk penghinaan kepada institusi Diraja, khususnya Yang di-Pertuan Agong.

“Perdana Menteri dan menteri berkenaan harus bertanggungjawab kerana mengemukakan satu hal atau usul melibatkan kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan Perkara 150(3).

“Pengumuman berkenaan tidak boleh dibuat begitu sahaja. Apakah ini pasar malam? Saya ingin lihat kertas pembentangan dan kelulusan, kalau ini tidak, pengumuman berkenan dianggap sebagai silap besar,” tegasnya. - Getaran, 26 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi