web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM, Sila Beri Lebih Perhatian Pada Kampung Baharu Cina - MCA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 10:30AM

Ti Lian Ker - Gambar dari laman rasmi Parlimen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa untuk memberi lebih perhatian terhadap kebajikan dan kepentingan penduduk Kampung Baharu Cina di seluruh negara.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, Kampung Baharu Cina merupakan penempatan khas di Malaysia yang membentuk akar cara hidup sosial, ekonomi, budaya dan agama kaum Cina seperti diperjuangkan parti berkenaan selama ini.

Menurut beliau, MCA merupakan sebuah parti yang memiliki jangkauan, titik sentuhan dan jaringan di setiap Kampung Baharu Cina dalam negara.

“Sejak MCA kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kebajikan penduduk Kampung Baharu diabaikan dan banyak isu yang tidak dapat diselesaikan seperti hak milik tanah, aktiviti pertanian, penternakan, industri pondok dan kecil, pengangguran belia serta penempatan luar bandar.

“Hal ini memberi tekanan besar kepada penduduk Kampung Baharu akibat jaringan dan perhubungan mereka terputus begitu sahaja,” katanya.

Lian Ker berkata, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk Kampung Baharu Cina, yang menyatakan kekeliruan secara kolektif, sejak kewujudan Malaysia Baharu tiba pada tahun 2018.

“Sebelum tahun 1970, tidak ada peruntukan khas pemerintah untuk pembangunan Kampung Baharu.

“Pada tahun 2000 hingga 2005, Presiden MCA ketika itu, Tan Sri Ong Ka Ting, sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berjaya memperoleh bantuan berjumlah RM209 juta, sebagai tambahan kepada peruntukan pembangunan Kampung Baharu Cina bernilai RM117.46, menjadikan jumlah keseluruhan dana mencecah RM326.55 juta untuk tempoh tersebut,” katanya.

Kesejahteraan, kemudahan sosial dan baik pulih prasarana tegas beliau, amat kritikal untuk kesejahteraan berterusan penduduk Kampung Baharu Cina.

“Transformasi sosio-ekonomi yang dimaksudkan memerlukan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk kerajaan, organisasi bukan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat setempat,

“Dalam hal pentadbiran Kampung Baharu Cina, kami memerlukan seorang menteri atau paling tidak seorang timbalan menteri yang dapat menekankan, memahami dan memahami keperluan dan harapan daripada penduduk di situ,” katanya. - Getaran, 25 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

2

Politik 1 tahun yang lalu

Wee Ka Siong Kekal Presiden MCA

3

Politik 1 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Yakin MCA, MIC Kekal Bersama BN Biarpun ‘Dilamar’ Parti Lain

4

Politik 1 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Harus Utamakan Parti Komponen Dalam BN, Bukan DAP – MCA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka